Featured By: Arfah October 13, 2021 @ 3:06pm

Dah Suntik 2 Dos Vaksin, Melancong Pun Dah Dibenarkan… Negara Mana Yang Kita Boleh Pergi Ni?

Berikutan dengan pengumuman kebenaran rentas negeri, melancong dalam dan luar negara telah dibenarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula Isnin, pasti ramai yang tak sabar nak pergi menggunakan peluang tersebut.

Nanti dulu! Pastikan anda sudah mencukupi dua dos vaksin kerana itu adalah syarat utama untuk berlepas ke negara percutian idaman.

Jom semak Ini senarai beberapa negara yang boleh dilawati dan ada diantaranya tidak memerlukan kuarantin.

#1 Perancis

Siapa yang sudah lama berkeinginan untuk berjalan di Kota Paris, tahukah anda bahawa sijil vaksinasi anda di applikasi MySejahtera sah digunakan di Perancis?

Menurut Kedutaan Perancis, bagi sesiapa yang mengambil vaksin yang diiktiraf oleh negara Eropah seperti Pfizer dan AstraZeneca, anda tidak perlu melakukan ujian saringan Covid-19 sebelum dan selepas berlepas serta tiada kuarantin. Anda juga tidak memerlukan visa jika berada di negara tersebut tidak lebih dari 90 hari.

#2 Phuket, Thailand

Bagi yang hendak bercuti ke Phuket, anda boleh bercuti ke sana menerusi program Phuket Sandbox. Anda mestilah lengkap vaksinasi sebelum 14 hari berlepas dan mempunyai insurans Covid-19. Kanak-kanak dibawah umur 18 tahun dibenarkan untuk mengikut ibu bapa. Hotel juga perlu ditempah menerusi laman web INI. Ujian PCR perlu dilakukan sebelum berlepas dan jika ia menunjukkan keputusan negatif, anda bebas untuk ke Thailand.

#3 Egypt

Negara Egypt menerima sesiapa yang lengkap dua dos vaksin dan tidak memerlukan kuarantin. 96 jam sebelum tiba di Egypt, ujian PCR perlulah menunjukkan keputusan negatif. Jika bergejala sesudah sampai, anda diperlukan untuk kuarantin.

#4 Maldives

Maldives merupakan negara yang sesuai untuk ‘honeymoon’. Apa syarat yang diperlukan untuk masuk ke negara ini? Anda tidak perlu kuarantin jika lengkap dua dos vaksin dan keputusan ujian PCR yang negatif yang perlu dibuat 96 jam sebelumnya.

#5 United Kingdom

Bagi yang lengkap vaksinasi, pelancong yang ingin ke England perlu melakukan ujian Covid-19 sehari atau 2 hari sebelum berlepas dan kuarantin tidak diperlukan.

#6 Amerika Syarikat

Untuk ke Amerika Syarikat, pelancong berumur dua tahun dan ke atas perlu menunjukkan ujian Covid-19 yang negatif tiga hari sebelum berlepas. Menurut kedutaan Amerika Syarikat, pelancong perlu mendapatkan dokumen yang menunjukkan anda bebas dari Covid-19 dalam 90 hari sebelum melancong daripada unit kesihatan berlesen.

Sebelum merancang percutian ke luar negara, semak dahulu jenis vaksin yang dibenarkan oleh negara-negara yang disenaraikan kerana tidak semua vaksin diterima tau!

Selepas pulang ke Malaysia, kerajaan telah menetapkan bahawa pelancong yang pulang ke tanah air wajib menjalani kuarantin sebaik sahaja tiba di Malaysia.

Selamat merancang dan selamat bercuti!

Kredit foto: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 26 May 2020
Hiburan Sun, 31 Jul 2022
Featured Tue, 16 Aug 2022

Tukar Nama Kepada ‘Azri Alexander’? Azri Iskandar Batal Hasrat Sebab…

Alahai sampai nak tukar nama eh sebab selalu kena kecam 😌 Korang rasa patut ke Azri Iskandar tukar jadi Azri Alexander?

Featured Mon, 19 Dec 2022

[VIDEO] Aksi Fuad Rahman & Tom Berhibur Dalam Kereta Dikecam Netizen! – “Dah Macam Kat Kelab Malam”

Fuh rancaknya!! ‘Sepadan, sekufu.. Tengah bahagia kan’ – Netizen 🤩🥵

Featured Fri, 2 Dec 2022

Muat Naik Video Menari, Ramai Impikan Badan Langsing Seperti Diana Danielle

Perkongsian pelakon jelita Diana Danielle yang memuat naik sebuah video di laman TikTok baru-baru ini berjaya menarik perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Diana yang memakai dress hitam sedang menari mengikut trend TikTok terkini menggunakan lagu […]

Featured Thu, 18 Mar 2021