Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Kari Ikan Yogurt

Kari Ikan Yogurt

500g Ikan Tenggiri
1 cawan Yogurt dibancuh dengan satu cawan air
4 sudu besar serbuk kari ikan
2 biji tomato dipotong empat
5 biji kacang bendi
6 ulas bawang putih dicincang halus
1 inci halia hiris halus
2 sudu jus limau kasturi
Garam dah gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya;

1. Basuh & bersihkan Ikan Tenggiri dan sapukan sedikit garam.
2. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih, bawang merah & halia sehingga naik bau harum.
3. Kemudian masukkan pes kari ikan & tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan yogurt dicampur dengan air dan bendi.
5. Reneh sehingga 15-20 minit, pastikan di atas api yang perlahan. Kacau untuk mengelakannya ia melekat.
6. Masukkan Ikan Tenggiri, tomato dan reneh lebih kurang 5-10 minit sehingga ikan masak.
7. Percikan jus limau kasturi, masukkan sedikit gula dan garam(kacau sehingga cukup rasa).
8. Hidangkan bersama Nasi Aruk.

SGMS Faida