Categories: Gaya Hidup

Sila Ambil Perhatian! Hindari 5 Perkara Ini Selepas Makan

Tahukah anda, pemakanan kita pada hari ini sebenarnya memberi kesan yang sangat besar apabila kita semakin berusia. Menyentuh soal makanan, banyak peraturan-peraturan yang harus dipatuhi bagi memastikan tubuh badan kita sihat dan terhindar daripada pelbagai penyakit. 

Mungkin kita tidak sedar yang sebenarnya terdapat beberapa perkara yang kita lakukan selepas makan akan memudaratkan tubuh badan kita. Mesti anda nak tahu kan? Kami kongsikan kepada anda 5 perkara yang tidak seharusnya dilakukan selepas makan.

1. Mandi

Foto: 5funfacts

Apabila anda mandi, suhu badan anda secara tidak langsung akan meningkat. Apabila menghadapi keadaan ini, badan anda akan menghantar darah lebih kepada kulit daripada biasa. Hal ini boleh mengganggu proses pencernaan dan menjadikan sistem metabolisme anda menjadi lebih perlahan.

Masa yang terbaik untuk mandi adalah 30 minit selepas anda makan.

2. Minum Teh

Foto: 5funfacts

Sesetengah daripada anda akan menikmati secawan teh selepas makan dan ia adalah antara sebahagian daripada rutin selepas makan. Tetapi, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa minuman yang tidak berbahaya ini akan mengganggu penyerapan zat besi dan mineral yang sangat memainkan peranan penting dalan badan manusia.

Oleh itu, bagi kanak-kanak, wanita hamil dan mereka yang mengalami masalah kekurangan zat besi harus mengelakkan daripada minum teh dalam masa sejam selepas makan. Anda boleh gantikan teh dengan secawan air kosong, itu lebih baik!

3. Tidur

Foto: 5funfacts

Sebenarnya, makan sebelum tidur akan menyebabkan berat badan meningkat adalah mitos semata-mata. Tetapi, anda perlu tahu ya akibat makan sebelum tidur ini, jangan ambil mudah je! Apabila anda tidur dengan keadaan perut yang penuh atau kenyang akan menyebabkan penyakit pedih ulu hati, sendawa dan keasidan yang tinggi. 

Bukan itu sahaja, tidur selepas makan tengah hari atau makan malam juga boleh meningkatkan risiko strok! Takutnya! Menurut pakar, mereka bersetuju bahawa adalah lebih baik jika kita tidur tidak kurang daripada 2 jam selepas makan.

4. Bersenam

Foto: 5funfacts

Kemungkinan ada yang berpendapat bahawa aktiviti bersenam selepas makan mampu membakar lemak yang ada pada badan. Jangan lakukan perkara ini tau! Hal ini kerana, apabila anda melakukan senaman dengan perut yang kenyang akan membawa kepada rasa tidak selesa seperti tersedu, loya dan juga akan memberi kesan yang lebih serius seperti peningkatan risiko trauma dan sawan. 

Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan memulakan aktiviti berjalan kaki dan seterusnya senaman dilakukan sekurang-kurangnya 2 jam kemudian.

5. Merokok

Foto: 5funfacts

Perkara ini jangan dilakukan sama sekali ok! Untuk pengetahuan anda sistem dalam badan kita akan terlibat dalam proses pencernaan, dan pada ketika inilah nikotin akan diserap secara dua kali ganda apabila anda merokok. Ini akan memberikan kesan yang sangat merbahaya kepada tubuh badan kita.

Tembakau yang terdapat dalam rokok tersebut boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral termasuklah kalsium dan vitamin C seterusnya akan mengurangkan khasiat daripada makanan yang paling sihat yang kita makan. Lebih baik anda berhenti daripada merokok dan jika anda tidak mampu melawan tabiat merokok ini, berikan badan anda 20 minit selepas makan untuk merokok.

Kesimpulannya, jangan ambil mudah perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan selepas makan ini ok! Kemungkinan kesannya anda tidak akan nampak secara langsung, mungkin kesannya akan anda rasai apabila anda sudah berusia nanti. Jaga-jaga!

Sumber: 5funfacts

tex_admin