Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Pai Labu Manis

Pemanis mulut klasik resepi khas oleh Chef Imelda Harris pastinya membuatkan korang tak mahu berganjak dari meja makan. Lari dari kebiasaan, hidangkan pai labu ini untuk yang tersayang…Manis, enak & labu antara makanan berkhasiat, jom cuba hari ini!

Gambar Sekadar Hiasan 

Pai Labu Manis

Bahan – bahannya:

200gm isi labu dikukus

2 biji telur ayam

50ml krim

3 sudu besar gula perang

1 keping paf sejuk beku

Kuning telur untuk disapu

Cara-caranya:

  • Bentukkan paf menjadi cawan susun di dalam acuan muffin.
  • Campuran labu, gula, telur dan krim. Gaul sehingga sebati. Kemudian tuang ke dalam cawan paf tadi.
  • Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan terlebih dahulu selama 25 minit pada suhu 180 darjah sehingga masak keemasan.
SGMS Faida