Categories: LIFESTYLE

Apa Yang Menarik Tentang Proton Saga 2019

Proton Saga 2019 versi facelift akan diperkenalkan. yang pastinya banyak perkara baru membuatkan anda berpuas hati!

Ramai yang bertanyakan tentang Proton Saga 2019 ini. Bahkan ada yang tidak sabar dengan kemunculannya, sebelum keluar mari kita ikuti perkongsian daripada Pandu Laju mengenai beberapa perkara penting yang anda perlu tahu tenatang kereta ini.

Antara 5 maklumat penting yang perlu anda tahu tentang Proton Saga 2019:

1. Kereta yang tergolong dalam kategori sedan segmen-A akan terus bersaing dengan Perodua Bezza akan meneruskan legasi sebagai Proton Saga terkini dengan kehadiran lampu siang (DRL) LED dan grill bercirikan konsep ‘Infinite Weave’.

 

Reka bentuk belakang juga berubah, terutama pada bahagian bawah bamper dan logo diubah kepada abjad P R O T O N. Ada juga persamaan seperti Proton Persona 2019.

2.   Rekaan dalaman tampil dengan sistem infotainment skrin sentuh jenis apung. Untuk pengetahuan anda, kluster instrumen tampil rekaan baharu daripada jenis paparan multiinfo (MID) seperti Exora 2019 dan tombol gear yang diperbaharui.

3. Proton Saga 2019 juga menampilkan rim aloi 5-bilah yang baharu. Boleh bergaya dengan kereta baharu nanti.

4. Mungkin ramai orang yang menantikan kemunculan Proton Saga ini mengenai perubahan pada kereta tersebut iaitu facelift yang menggunakan kkotak gear baharu, Hyundai Powertech. Daripada kotak gear CVT, kini beralih kepada 4-kelajuan lebih sedap daripada yang lama.

5. Yang paling penting mesti anda nak tahu tentang harga yang ditawarkan oleh Proton Saga 2019. Tidak menolak kemungkinan, harga kereta ini lebih murah berbanding sedia ada. Boleh jadi, besar kemungkinan akan lebih murah dan penurunan harga mungkin membolehkan dijual bermula RM 29 000.

Itulah 5 perkara penting yang semestinya menjadi tanda tanya dalam fikiran anda. Jadi terjawab tak? Harap terjawab dan boleh dijadikan panduan kepada anda semua. Untuk makluman anda, tarikh pelancarannya dijangkakan pada 6 Ogos 2019.

Sumber: Pandu Laju The Ajerul

SGMS Enal