Categories: LIFESTYLETravelogue

Balik Kampung? Jom Praktik Cara Ini Ketika Pulang Beraya

Tips memandu pulang hari raya atau balik kampung;

Jauhi laluan memotong

Jikalau anda memandu di bahu kiri jalan atau di tengah-tengah laluan, peluang untuk anda tidak terjerebak dengan kemalangan adalah sangat baik. Kajian menunjukkan bahawa kemalangan banyak berlaku di atas laluan memotong (fast lane). Anda juga memperolehi peluang yang tinggi untuk terus menghimpit ke tepi bagi mengelakkan masalah yang besar jikalau berlaku sesuatu di tengah dan kanan jalan.

Mata biar alert ketika memandu

Mata biar ‘meliar’ atau meninjau secara serius (serius observation). Anda bukan sahaja perlu melihat nombor plate kereta dihadapan malah anda perlu lihat trafik yang terbentuk dihadapan kereta tersebut juga. Ini dapat membantu anda melihat masalah di hadapan dengan lebih baik dan memberi peluang yang lebih untuk bertindak terhadapnya.

Berhati-hati dengan Blind Spots

Anda perlu perbetulkan cermin sisi (side mirror) dan rearview mirror anda untuk dapatkan pandangan yang betul-betul selesa untuk anda teliti. Anda juga dinasihatkan untuk sesekali untuk memandang ke sisi jalan untuk menampung kekurangan yang ditunjukkan oleh cermin sisi anda. Pemandu yang bijak akan sentiasa mengambil kira ‘blind spots’ pemandu yang lain terutamanya pemandu trak yang besar.
[blind spot: Terdapat kawasan yg tidak dapat dikesan oleh mata kita]

Memandulah dengan posisi stering pukul 9 dan 3

Mungkin tidak ‘macho’ dipandang begitu, tetapi teknik asas yang diajar oleh sekolah memandu anda ini mempunyai nilai yang cukup besar dari segi keselamatan memandu. Rahsia disebalik teknik ini ialah anda mampu mengawal kenderaan anda sepenuhnya jikalau berlaku kemalangan secara tiba-tiba.

Awasi pemandu lain berdasarkan rupa dan keadaan kenderaannya

Jikalau kereta dihadapan anda usang malah kelihatan tidak diservis dengan baik (asap hitam), secara tidak langsung ia menggambarkan ciri-ciri pemandu yang tidak teliti akan aspek keselamatan pemanduannya. Jauhi jugak pemandu yang suka memegang telefon bimbit ketika memandu.

Tahu had laju anda

Untuk ini, hukum fizik yang dipelajari semasa di peringkat sekolah sangat berguna untuk dijadikan benteng pemanduan yang lebih selamat. Pastikan anda tahu keadaan kenderaan anda memecut dalam setiap keadaan (bagaimana keadaannya jikalau dipandu diselekoh yang tajam dari segi respons stering etc.) dan tidak kurang juga memastikan masa tindak balas brek kereta anda untuk sekian had laju yang dipandu.

Servis kereta anda

Tayar, enjin dan mana-mana komponen yang sensitif untuk perjalanan yang jauh perlulah di servis sebaik mungkin. Sila dapatkan khidmat nasihat di kedai servis kereta/tayar.

Malam adalah masa rehat

Hukum yang Tuhan telah tetapkan sangat adil buat pemandu. Malam merupakan masa yang sangat tidak sesuai untuk bermusafir untuk jarak yang jauh. Keletihan dan penumpuan yang lebih oleh mata anda meningkatkan lagi risiko pemanduan yang kurang selamat. Cuba jauhi pemanduan di waktu malam.

Sebagai pemandu yang bijak lagi berhemah, kita perlu tahu bahawa memandu bukanlah kegiatan yang tidak menggunakan otak. Memandu merupakan latihan yang baik untuk disiplin diri sebagai manusia yang mematuhi undang-undang dan teknik memandu yang baik.

Yang paling penting membaca doa menaiki kenderaan dan bertawakal semoga perjalan selamat sampai.

Sumber: gpsbestari.com

SGMS Faida