Ketawa Panjangkan Umur, Betul Ke?

Seorang pakar psikologi Jerman, Dr. Michael Titze dalam kajiannya pernah berkata, secara purata, mereka yang hidup pada tahun 1950-an ketawa selama 18 minit sehari. Kini, kebanyakan kita hanya menghabiskan maksimum enam minit untuk ketawa setiap hari. Dalam sehari kanak-kanak boleh ketawa sehingga 400 kali manakala orang dewasa secara purata hanya ketawa 15 kali.

Betul ke orang yang suka ketawa ni membuatkan hidup lebih sihat dan bahagia! Janganlah asyik bermuram duka, life is too short to be sad, right? Bergembiralah dan sentiasa positif dalam apa jua kamu lakukan ya!

1) Kurangkan Stress.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Indiana State University, penyelidik berpendapat bahawa ketawa boleh mengurangkan tekanan dan meningkatkan peluang pesakit kanser & HIV untuk terus bertahan.

2)  Lebih Rendah Peluang Penyakit Jantung.

Ketawa menyebabkan tisu yang dikomposisikan lapisan saluran darah berkembang dan membolehkan aliran darah yang lebih baik.

3) Otot-otot bersenam.

Mengikut kajian,tubuh badan kita bekerja seperti sedang bersenam ketika ketawa.80 jenis otot tubuh akan mengecut dan berehat secara berirama. Kebanyakkannya otot-otot di bahagian perut,belakang badan dan muka.

4) Memperbaiki hubungan sesama manusia.

Individu yang senang ketawa biasanya lebih disenangi dan disukai orang. Asalkan ia tidak melampaui atas dan ia bantu memperbaiki hubungan sesama kita.

5) Kuatkan Ingatan.

Penyelidik, Gurinder Bains menjelaskan bahawa dengan ketawa boleh menyebabkan tubuh merembeskan endorfin dan mengirimkan dopamin ke otak yang meningkatkan aktiviti dan fungsi otak secara keseluruhan.

Jadi sekarang korang dah tak ada alasan untuk tidak ketawa kan? Be Happy guys!

SGMS Faida