Categories: Fab Foodies!LIFESTYLE

Bunga Cengkih Dapat Bantu Ketika DiSerang Gastrik

Gastrik adalah sejenis penyakit yang disebabkan ketidakseimbangan asid dan pepsin pada usus kita. Ada orang yang akan merasa lemah dan sakit yang amat sangat jika diserang penyakit ini.

Sekiranya tiada ubat-ubatan ini ditangan anda ketika diserang gastrik, cuba untuk amalkan cara tradisional seperti memakan pisang, minum susu sejuk dan juga mengunyah bunga cengkih.

Bunga cengkih dikatakan dapat membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Caranya adalah dengan menggigit satu bunga cengkih, dan biarkan sekejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.

Sumber: The Quint
SGMS Enal