Categories: LIFESTYLE

Cabaran 24 Jam JomLaunchGood X Kumpul Dana Untuk Tujuan Baik

LaunchGood Inc, sebuah platform dana khalayak (crowdfunding) global mengumumkan mereka bakal menjalankan JomLaunchGood Challenge untuk edisi kedua tahun ini.

Dikenali sebagai JomLaunchGood X, ia diadakan bersempena kempen global GivingTuesday.

JomLaunchGood adalah sebuah cabaran yang diusahakan ‘changkemakers’ di Malaysia bagi mendapatkan pembiayaan bagi tujuan baik yang mereka perjuangkan.

Pada tahun lalu, JomLaunchGood Challenge telah meraih RM131,512 untuk 68 kempen yang dibawakan oleh pertubuhan amal, NGO, perusahaan sosial dan individu untuk tempoh kempen selama 48 jam.

“Walaupun tahun lepas merupakan acara sulung kami, maklum balas dan apa yang kami terima amatlah memberangsangkan. Tahun ini, kami merancang untuk meluaskan penyertaan kepada peserta dari negara APAC untuk bersaing secara berdampingan dengan peserta tempatan kita.

“Kami berharap dapat mengumpul jumlah yang lebih tinggi daripada tahun lepas memandangkan kami telah meluaskan skop pasaran. Kami ada berita baik untuk peserta Malaysia tahun ini kerana mereka layak menyertai GivingTuesday (cabaran global) bersama JomLaunchGood X (cabaran APAC).

“Peserta akan memenangi hadiah yang lebih tinggi daripada mana-mana dua cabaran dan jika mereka mengumpul jumlah derma tertinggi atau mengumpulkan jumlah penderma tertinggi serta mengungguli cabaran GivingTuesday, terdapat hadiah utama bernilai RM80,000 untuk dimenangi.Pastinya peluang yang tidak boleh dilepaskan!” kata Nur Sharain Abdul Rashid selaku Ketua Serantau LaunchGood APAC.

Cabaran 24 jam itu bermula 30 November, jam 1 petang dan akan tamat pada 1 Disember, jam 12.59 tengah hari.

Peserta dikehendaki mendaftar secara atas talian di launchgood.com/Start sebelum berkempen secara langsung untuk bertanding pada hari cabaran.

Sejumlah lebih RM100,000 hadiah menanti peserta JomLaunchGood X dan mereka bersaing untuk memenangi kategori Most Raised, Most Supporters dan mereka turut dijamin dana sepadan jika mereka mencapai jumlah minimum derma atau bilangan penyokong.

JomLaunchGood X adalah mengenai melipatgandakan impak yang dilakukan oleh ‘changemakers’ menerusi semua hadiah wang tunai ini yang membantu dalam meningkatkan kempen pengumpulan dana mereka untuk penerima masing-masing.

Penaja kempen tahun ini ialah Australia for UNHCR, Al-I’tisam Relief Program, Erth Ul-Mustafa Organisation, Ensany Global dan Emaan Catalyst Community.

Sebarang pertanyaan tentang cabaran, sila hubungi pasukan LaunchGood APAC menerusi Kumpulan Sokongan Telegram di LaunchGood.com/Telegram/

Padin