Categories: Trending

Sah Bergelar Suami Nik Nazira, Rupanya Yonnyboii Dah Berkahwin 20 November Lalu – “Saya Menikah Sehari Selepas Haqiem Rusli”

Penyanyi rap popular, Yonnyboii, 23, mengesahkan dirinya selamat melangsungkan pernikahan dengan tunang, Nik Nazira Narriman, 22, di Duchess Place, Ampang, pada 20 November lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin ketika dihubungi berkata, majlis pernikahan yang sepatutnya diadakan pada tahun hadapan itu telah dipercepatkan atas permintaan keluarga kerana bimbang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula.

“Saya menikah sehari selepas Haqiem Rusli yang mana keluarga meminta kami mempercepatkan majlis. Majlis ringkas saja bersaksikan 20 orang ahli keluarga terdekat daripada kedua-dua belah pihak.

“Tiada niat hendak merahsiakan pernikahan, cuma kami hanya ingin menjaga hati keluarga yang mana jumlah tetamu terpaksa dihadkan. Oleh itu, kami memilih untuk tidak terlalu menghebahkannya.

“Alhamdulillah, semua urusan untuk menikah dipermudahkan dan selesai dalam tempoh sehari saja. Malah, baju nikah kami berdua berjaya disiapkan sehari saja.

“Sebenarnya keputusan untuk berkahwin ini dibuat tiga hari sebelum tarikh 20 November. Ibu saya yang meminta kami untuk memuat naik gambar di Instagram bagi mengelakkan fitnah. Kata orang, elok dihebahkan urusan perkahwinan,” katanya.

Terdahulu, Yonnyboii mengikat tali pertunangan dengan Nazira pada 9 Oktober lalu dan pasangan terbabit merancang untuk berkahwin pada 22 Januari 2022.

Sumber: Harian Metro

Padin