Categories: Trending

Kongsi Video Sembang Viral, Tiba-Tiba PU Riz Dapat Soalan Pelik Tapi Lucu – “Dulu Pakai Tangan, Sekarang Ni Bini Cungkil Pakai Pisau”

Iklan mempromosikan produk sering ‘berkunjung’ ke ruangan komen laman Instagram selebriti tempatan serta luar negara.

Jika dahulu, selebriti Malaysia sering dihujani dengan iklan produk peninggi dan pemutih, kini wujud pula iklan untuk menghapuskan bintik hitam (blackhead) di wajah.

Terbaharu, ruangan komen akaun Instagram milik pendakwah selebriti Haris Ismail atau PU Riz dalam salah sebuah hantaran terkininya telah dikunjungi oleh iklan terbabit.

“Korang cabut blackhead korang pakai kuku tangan lagi ke? Kalau ye, jom tengok story saya pakai apa,” tulis sebuah akaun yang mengiklankan produk kecantikan wajah.

Namun begitu, respons Haris terhadap komen tersebut begitu menggelikan hati dan menarik minat pengikutnya.

“Dulu pakai tangan sekarang ni bini cungkil pakai pisau,” tulisnya.

Rata-rata warganet terhibur dengan komen spontan yang ditinggalkan oleh Haris.

Dalam hantaran terbabit, Haris berkongsi video sekitar rakaman program Sembang Viral TV9 yang dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor.

Jangan lupa saksikan kapsul Sembang Viral berdurasi 10 minit yang dikendalikan secara bergilir oleh Rosyam dan Ahmad Fedtri Yahya setiap hari pada jam 7.30 malam di TV9.

Padin