Categories: LIFESTYLE

Cara Guna Buaian Dengan Betul Untuk Perkembangan Bayi

Sejak zaman dahulu lagi, buaian bayi menggunakan kain fabrik kapas, batik yang selesa diletakkan pada spring digantungkan di alang siling atau susur tangga.

Buaian zaman moden telah datang dengan rangka yang boleh dilipat dan mudah untuk dialihkan kemana sahaja.

Terdapat pakar yang mengatakan bahawa bayi akan berasa tenang diatas buaian dan lebih cepat tidur kerana pergerakan yang membuai membuatkan mereka seolah berada di dalam rahim ibu mereka.

Bagaimanapun, terdapat juga keburukan penggunaan buaian terhadap bayi sekiranya berlaku kecuaian yang boleh mencederakan.

CARA GUNA BUAIAN DENGAN BETUL

1. Jangan guna “overdose”, maksimum 2 jam sahaja sehari supaya anak banyak masa “tummy time” di lantai. Guna buaian bagus, tapi kalau 12 jam sehari anak berbuai tak belajar untuk kuatkan otot-otot untuk meniarap dan merangkak tak elok juga.

2. Elakkan guna buaian waktu malam untuk elakkan risiko anak lemas di dalam buaian tanpa kita sedar. Jadikan rutin waktu malam tidur di tilam.

3. Kalau nak guna buaian tradisional, cari rangka yang paling stabil (ada 4 point). Kalau tak ada roda lagi bagus.

4. Letakkan lapik atau tilam lembut di bawah dan tepi buaian untuk elakkan kepala anak terhantuk di lantai.

5. Sentiasa “update” ketinggian buaian dan lantai.

6. Elakkan membuai bayi semasa marah atau stress sebab boleh menyebabkan risiko terbuai terlalu laju bila anak menangis.

7. Elakkan letak bantal, selimut, anak patung dalam buaian semasa anak belum reti mencapai barang sebab risiko anak lemas. Cukup sekadar mainan gantung sahaja.

8. Selain daripada berbuai atas dan bawah, boleh pelbagaikan pergerakan kanan, kiri, depan dan belakang.

9. Elakkan bergantung kepada buaian elektrik dan tinggalkan bayi tanpa pengawasan.

Kalau yang nak guna cara tradisional WAJIB guna tips di atas. Kalau yang belum ada buaian dan memerlukan buaian, saya lebih sarankan guna “bouncer” moden yang lebih selamat untuk membantu bayi. Cara guna sama seperti dia atas, maksimum 2 jam sahaja sehari.

Kesimpulannya, guna buaian boleh jika guna dengan cara yang betul dan elakkan terlalu bergantung dengan buaian. Penting juga ajar bayi untuk “move on” dan berpijak di dunia yang nyata.

Sumber- Maryam Jamadi

SGMS Enal