Categories: LIFESTYLE

Depression .. Penyakit Membunuh Dalam Diam

Nampak happy tapi… depresi! Fizikal nampak je normal tapi dalam hati, tuhan saja yang tahu. Sehingga hari ini, kemurungan masih sukar diterima oleh masyarakat sebagai salah satu daripada jenis penyakit meskipun mereka yang menghidapnya adalah lebih ramai berbanding penyakit yang dapat dilihat secara fizikal. Lebih menyedihkan, mereka yang menghadapi masalah gangguan mental seperti kemurungan ini menderita dalam diam.

Kami kongsikan beberapa tips ketika berdepan dengan individu yang mengalami DEPRESI. Jangan sesekali menyebut ayat seperti di bawah ini, bimbang jika keadaan mereka bertambah murung lagi…

1) Anda perlu bebaskan diri daripada kemurungan

Nasihat ini hanya akan menjadikan penghidap kemurungan menjadi lebih murung. Antara perubahan yang boleh dilihat ialah mengasingkan diri, putus harapan, tiada selera makan dan masalah tidur. Jika anda perhatikan gejala-gejala ini, pastikan mereka mendapat rawatan terutamanya jika keadaan ini berlarutan lebih dari dua minggu.

2) Orang lain jauh lebih teruk 

Nasihat ini tidak akan membantu individu menyelesaikan masalah mereka. Individu yang murung hanya memerlukan seseorang untuk berada di sisi dan memberi sokongan. Anda tidak perlu berkata apa-apa jika itu tidak membantu mereka. Walau bagaimanapun, anda juga boleh memberitahu mereka yang mereka boleh menjadi lebih baik dan anda akan berada di sisi untuk menyokong mereka.

3) Kehidupan adalah sukar

Nasihat ini mungkin akan mengeruhkan lagi perasaan penghidap kemurungan, bukannya membantu mereka. Sebaliknya, anda boleh membantu mereka dengan menunjukkan perasaan empati dan bersedia untuk membantu merekmenghadapinya.

4) Anda perlu membiasakan diri dengannya

Nasihat ini menunjukkan mesej yang salah. Ia menguatkan lagi rasa pengasingan yang dialami oleh penghidap kemurungan. Cara terbaik untuk membantu mereka adalah dengan menghantar teks atau menghubungi mereka agar mereka tahu ada orang yang ambil berat tentang mereka.

5) Anda terlalu sensitif

Nasihat ini akan memperkecil penghidap kemurungan kerana mereka akan merasakan mereka tidak berguna. Pendekatan yang terbaik adalah dengan mengalihkan fikiran negatif kepada sesuatu yang bermanfaat.

“Hidup perlu diteruskan”

Memberitahu penghidap kemurungan yang kehidupan perlu diteruskan adalah seperti mencurah air di daun keladi. Ia akan menunjukkan yang anda tidak prihatin terhadap masalah penghidap kemurungan.

6) Sakit-sakit adalah perkara yang normal

Lazimnya, penghidap kemurungan cenderung mengadu mengalami sakit-sakit fizikal (simptom somatik), bukannya masalah perasaan dan motivasi. Jangan perlekehkan aduan mereka tentang kesakitan yang mereka alami. Sebaliknya, galakkan mereka untuk mendapatkan rawatan.

7) Anda perlu mengambil vitamin untuk atasi kemurungan anda

Jangan tawarkan atau cadangkan ubat-ubatan yang dibeli di farmasi tanpa berjumpa dengan doktor. Sebaik-baiknya, galak dan temani penghidap kemurungan untuk mendapatkan rawatan pakar.

8) Anda perlu membeli pakaian yang lebih baik

Almari pakaian penghidap kemurungan mungkin kelihatan tidak kemas dan bersepah. Mengkritik keadaan mereka tidak akan mengubati kemurungan, sebaliknya ajaklah mereka keluar membeli-belah membeli pakaian baharu untuk meningkatkan motivasi diri mereka.

9) Setiap orang mempunyai masalah tersendiri

Implikasi apabila anda menyatakan nasihat ini ialah seolah-olah penghidap kemurungan sebenarnya telah membuat pilihan untuk menjadi sengsara dan tidak gembira. Sebaliknya, lebih baik anda cuba untuk memahami masalah mereka dan galakkan mereka untuk mendapatkan bantuan.

10) Anda perlu belajar untuk hidup dengannya

JANGAN BERKATA BEGINI! Nasihat “anda perlu belajar hidup dengan kemurungan” tanpa kemahiran daya tindak seumpama memasuki sebuah terowong yang gelap tanpa menjumpai jalan keluar.

SGMS Enal