Categories: LIFESTYLE

DIY PINTU WALLPAPER BAWAH KOS RM40 SEBIJI PINTU

Perkongsian daripada Cik A yang berjaya tukarkan pintu lamanya dengan hanya RM40 setiap pintu menghasilkan sesuatu yang sangat mengagumkan!  Siapa jenis rumah pintu mcm ni buruk dan berubang mcm CA ni, boleh DIY dengan kos bawah RM40 untuk setiap pintu.

Dah la berlubang, tak cantik tapi takpe cakap encik somi, dia ada idea. Pergi nilai beli wallpaper RM25 boleh cover sebiji pintu depan belakang. Ni jenis wallpaper tebar dan bukan nipis ya.

Jangan guna gam dia yang biasa tak melekat. Guna yang kami tunjuk dalam pic tu.
Beli gam kayu mcm dlm gmbar RM7.50 dan pisau kalau takde lagi.
Lepas tu ukur ketinggian pintu, potong wallpaper sedikit lebih dan sapu gam pada pintu. Biar 3-5 minit dulu dan mula tampal.
Gosok dengan kain bagi rata lebihan gam dan wallpaper dan ulang.
Bila dah kering baru kemaskan guna pisau tadi.
Cabut dulu tombol pintu lepas dah siap semua pasang balik.
Nanti kami akan cat bingkai guna warna hitam seperti sebelah.

Dah nampak cantik kemas dan takde kedut-kedut. Lubang pun tak nampak dah

SGMS Enal