Categories: LIFESTYLEStylo

Dr, Kulit Berjerawat Boleh Sapu Foundation Ke?

Jerawat merupakan musuh utama bagi setiap orang. Jalan pintas, cover je jerawat tu dengan foundation!  Persoalannya, adakah sapuan bedak atau foundation jalan terbaik untuk menutup jerawat yang bermaharajalela?

Pakar kulit terkenal, Dr Hasseenah Hassan berkongsi sedikit pengetahuan tentang segelintir individu yang bertanyakan sama ada alat kosmetik boleh digunakan ketika jerawat datang menyapa. Jawapannya, TIDAK! Dengar tu korang, penggunaan alat kosmetik untuk menutup jerawat adalah tindakan yang salah tau.

Menurut beliau, sapuan foundation bakal menyebabkan liang tersumbat lebih teruk dan anda juga mungkin mendapat reaksi dari pewarna tiruan yang mengandungi bahan kimia.

“ Pengawet sudah semestinya terdiri dari bahan kimia. Kosmetik konvensional menggunakan bahan-bahan yang dapat memberikan reaksi yang negatif terhadap kulit anda,” katanya.

Kredit Gambar: Wikipedia

Dr Hasseenah turut menyenaraikan beberapa bahan yang popular digunakan dan kesannya terhadap kulit;

Serbuk Talkum – menyebabkan liang tersumbat. Ianya digunakan dalam bentuk loose powder.

Bahan kimia Bismuth Oxychloride – Menyebabkan radang pada liang.

Mineral Oil – Kulit akan berminyak bila berpeluh, liang tersumbat dan akan menyebabkan radang pada liang. Kebiasaanya digunakan dalam foundation dan pembayang mata.

Pewarna tiruan dari kimia – boleh menyebabkan radang kulit.

Bahan Pengawet dari kimia – menyebabkan radang kulit.

Tambahnya, beliau faham penggunaan kosmetik memang penting untuk penampilan namun biarlah yang bersesuaian dengan jenis kulit wajah! Pilihan kosmetik mineral tanpa bahan pengawet, pewangi, pewarna tiruan dan bahan kimia adalah yang terbaik.

Awas dengan produk mengandungi merkuri bertoksik dalam produk kosmetik yang korang gunakan. Balik rumah ni, ambil sedikit masa dan check ok?

 

SGMS Faida