Categories: LIFESTYLE

Epal Antara Buah Yang Mengandungi Racun Serangga Tertinggi,

Pesticide atau racun perosal adalah sejenis bahan kimia yang digunakan untuk membunuh atau mengawal perosak yang merbahaya kepada tanaman, manusia serta struktur bangunan.

Namun hari ini, pesticide telah digunakan secara berlebihan terhadap tanaman khususnya buah-buahan untuk memastikan ianya sentiasa sihat.  Walaupun begitu, dengan kandungan pesticide yang tinggi, kesannya sangat berisiko terhadap tubuh badan.

Perkongsian Professor Dr Imelda daripada Pusat Perubatan Universiti Malaysia ini akan membuka mata anda untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan buah-buahan dan lebihkan memakan buah-buahan tempatan kerana ia kurang dicemari racun serangga.  Mari ikuti penjelasan Prof Dr Imelda dalam mengupas isu lanjut kesan pesticide ini terhadap tubuh badan.

Zaman dulu lain, zaman laa (sekarang) ni lain.

Petua orang tua Orang Putih zaman dulu kata:
“An apple a day keeps the doctor away.”

Maknanya depa kata kalau makan buah epal tiap-tiap hari, badan kita akan jadi sihat, tak payah jumpa doktor dah.

Kajian ini melibatkan 325 wanita yang menerima rawatan kesuburan. Apakah yang mereka makan dikaji.

Keputusannya menunjukkam wanita yang memakan paling kurang sekali jenis makanan yang dicemari pesticide adalah mereka yang lebih berjaya hamil dan bersalin. Sebaliknya, wanita yang memakan paling banyak jenis makanan yang mengandungi pesticide kurang berjaya hamil.

Jadi sekarang kita tahu, penggunaan racun serangga yang berleluasa boleh menggangu kesuburan kita.

SGMS Enal