Fasih Cakap Melayu & Bijak, Duta Amerika Syarikat Ini Curi Tumpuan Ramai

Ketika negara masih dilanda pandemik Covid-19 dan lockdown, negara Amerika Syarikat telah bertindak membantu Malaysia dengan menghulurkan  bantuan tambahan  kesihatan.

Menerusi perkongsian video oleh kedutaan Amerika Syarikat di Facebook, Duta Besar A.S ke Malaysia Brian D. McFeeters, menzahirkan niat untuk memberi bantuan kepada Malaysia bagi membendung penularan Covid-19 ini. Antara barangan yang diberi adalah sut PPE, pelitup muka, dan cecair sanitasi.

Lebih menarik, Brian telah menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium pertuturannya dalam video tersebut. Malah, beliau dilihat dapat bertutur dengan fasih tanpa sebarang kesilapan.

Perkara tersebut ternyata mencuri perhatian ramai, bukan sahaja rakyat Amerika Syarikat bangga menggunakan Bahasa Melayu malah ramai netizen yang menggangap sikap Brian itu wajar dijadikan contoh oleh orang ramai.

Difahamkan, Brian baru saja mula berkhidmat di Malaysia pada Mac 2021 dan beliau sebelum ini pernah bertugas sebagai diplomat di beberapa negara Asia seperti Indonesia, Iraq dan Korea Selatan.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”