Categories: FESYEN

Jalin Kerjasama Dengan Jenama Kecantikan & Penjagaan Diri, Rico Rinaldi Tampil Dengan Koleksi ‘Modest Fashion’ Memukau

Tampil dengan koleksi ‘modest fashion’ yang memukau, pereka fesyen terkenal Malaysia, Rico Rinaldi menjalin kolaborasi dengan jenama kecantikan dan penjagaan diri terkenal, Good Virtues Co.

Berlangsung di Jio Space, Petaling Jaya baru-baru ini, kolaborasi ini juga dilaksanakan dengan usaha sama Watsons Malaysia demi membawa dimensi baharu buat dunia fashion Muslim.

“Kolaborasi ini meraikan konsep ‘You’re beautiful inside and out’ yang merangkul wanita dari pelbagai latar belakang dan pengalaman. Ia menggalakkan setiap wanita untuk berasa yakin dan menekankan kecantikan dalaman serta luaran.

“Tidak kira saiz badan, atau warna kulit seseorang itu, setiap wanita mempunyai kecantikan mereka yang tersendiri. Koleksi ini menawarkan pelbagai gaya dan sesuai dikenakan dalam majlis berbeza menurut pilihan peribadi masing-masing,” kata Rico.

Tambah Rico, koleksi modest wear ini sesuai untuk digayakan di mana sahaja.

“Tidak kira sama ada pemakai menggayakannya ketika keluar bersama rakan-rakan, menghadiri acara rasmi mahu pun ketika bersantai, pasti ia sesuai untuk dipakai di pelbagai acara.

“Kerjasama dengan jenama kecantikan ini merupakan satu peristiwa penting kerana ini adalah jenama penjagaan diri pertama yang bekerjasama dengan saya. Kolaborasi ini adalah sebuah perjalanan kreatif menggabungkan kepakaran modest fashion khusus buat wanita Muslimah yang juga merupakan pelanggan utama jenama kecantikan Good Virtues Co,” kata Rico lagi.

Acara pertunjukan fesyen yang berlangsung meriah itu turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Eksklusif Serantau Watsons Antarabangsa, Caryn Loh, and Regional Exclusive Director of Watsons International dan Pengarah Komersial Citychemo, Lum Chong Heng.

Dapatkan koleksi kolaborasi @goodvirtuesco x @ricorinaldi yang dijual bermula RM149 untuk satu set (top and bottom) di laman web www.ricorinaldi.com, TikTok Shop Rico Rinaldi, Mobile App Rico Rinaldi, butik Rico Rinaldi Plaza Damas dan Bangi Sentral serta di aras dua, Isetan KL.

Padin