Categories: HiburanTrending

Status Kewarganegaraan Isteri Belum Sah, Syaiful Zero Belum Ada Rezeki Menetap Di Kuala Lumpur

Pelawak Syaiful Zero meluahkan rasa sedih ekoran tidak dapat terus menetap di Kuala Lumpur gara-gara isterinya, Ashura Rudy menghadapi masalah dokumentasi.

Malah, isterinya yang merupakan rakyat Filipina juga belum memperoleh status kewarganegaraan yang sah.

“Saya ada juga perancangan untuk tinggal di sini tapi keluarga semua menetap di Kudat Sabah sebab isteri warga Filipina,” katanya.

Menurut temu bual Syaiful dengan mStar, juara Famili Duo Musim Ke-3 itu juga bimbang dengan anak-anaknya yang masih bersekolah di Sabah.

“Macam Mark Adam tapi dia sudah dapat jadi warganegara cumanya isteri belum lagi sekarang ini dan sekarang tengah usaha untuk dapatkan status itu.

“Kalau sudah dapat mungkin mudah untuk saya pindah ke Kuala Lumpur, sekarang ini boleh datang ke sini cuma tidak lama paling lama pun sebulan saja dan mungkin sebelum puasa saya akan uruskan semuanya,” ujarnya.

Baginya, dia tidak akan berulang-alik dari Sabah ke Kuala Lumpur kerana mengeluarkan kos yang tinggi.

Mengulas lanjut mengenai perancangan kerjayanya dalam bidang seni, dia dan adik-beradik lain masih akan bergandingan bersama-sama dan tidak akan berpecah dalam menjayakan persembahan.

Sumber : mStar

Syamir Shafie