Categories: FESYENLIFESTYLE

Gaya Koleksi Raya di Publika bermula 12-15 April, Jom Bergaya Sakan Aidilfitri ini!

Menjelang perayaan Aidilfitri tak lama lagi, sudah tentu korang tercari-cari idea untuk gayakan baju apa agaknya tahun ini...Any idea?

Kalau korank tengah fikir nak dapatkan baju raya rekaan siapa tahun ini, apa kat singgah ke Publika bermula 12-15 April ini.

Pereka- pereka fesyen terkenal tanah air akan berkampung di sini sepanjang empat hari ini untuk menggayakan koleksi baju untuk jualan untuk digayakan Aidilfitri nanti.

Antara yang terlibat ialah Fiziwoo, Ezuwan Ismail, Tudung People, Maqila, Infinence, Arared, Shanell Harun, Zery Zamry, Rizman Ruzaini dan ramai lagi.

Perganjuran fesyen Gaya Koleksi Raya 2018 (GKR) kini memasuki tahun keempat. Pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof selaku penaja utama GKR memberitahu beliau cukup berbesar hati dapat bekerjasama lagi dengan pihak penganjur, AndrewsModels.

“ Menerusi platform ini, kami dah bersiap sedia ‘menghangatkan’ persiapan raya anda dengan koleksi baju menerusi kempen Hari Raya Fashion Valet. Saya dah dapat mood raya untuk tahun ini,” katanya yang baru sahaja membuka sebuah lagi cawangan Fashion Valet di Publika.

SGMS Faida