“Halus Buatan, Boleh Cecah Ribuan Ringgit Semeter”- Cantiknya! Penampilan Dr Wan Azizah Di Istiadat Parlimen Raih Perhatian!

Istiadat Pembukaan Penggal Ke-4 Majlis Parlimen Ke-14 telah berlangsung pada kelmarin.

Kebiasaannya, ahli parlimen akan menggayakan uniform rasmi berwarna putih namun kemunculan Ahli Parlimen Pandan dan Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menggayakan baju kurung tenunan Pahang telah menarik perhatian ramai warganet.

Menerusi laman Twitter, Dr Wan Azizah sempat memuat naik foto beliau dengan persalinan tenunan Pahang berwarna biru gelap.

Meninjau ruangan komen dapat dilihat rata-rata wargenet bersetuju bahawa seni tenun Pahang cukup cantik dan halus buatannya.

Malah, ramai yang turut memuji penampilan beliau yang sentiasa tampil elegan dan ayu walaupun sudah mencecah usia 68 tahun.

Bukan sahaja penampilan beliau yang menjadi perhatian ramai malah aksesori beg mengkuang yang digayakannya juga turut mencuri tumpuan.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”