Categories: LIFESTYLE

Hanya Kerana Vape, Paru-Paru Gagal?

Seorang remaja berusia 17 tahun hidup bergantung pada mesin ventilator iaitu mesin yang menyokong fungsi paru-paru selama 10 hari kerana paru-paru gagal berfungsi didakwa ‘vape’ itu sebagai habit di mana ibu bapanya tidak mengetahui perkara tersebut.

“Saya fikir hari yang mereka intubasi anak saya adalah hari terburuk dalam hidup, pihak hospital lakukan X-ray dan dapat lihat paru-paru terlalu gelap”, kata ayah remaja tersebut.

Pada mulanya, Tryston Zohfeld bangun dari tidur dan kemudian muntah secara serius. Dia juga mengalami penurunan berat badan yang drastik tanpa sebab yang jelas, demam, dan keletihan.

Salah seorang doktor yang merawat remaja tersebut, Karen Schultz mengesahkan keadaan remaja tersebut disebabkan oleh irritasi dan kerosakan yang teruk dan boleh menjejaskan sistem paru-parunya

Walaupun tiada rekod kematian, tetapi kebanyakan pesakit paru-paru yang serious berlarutan pada jangka yang panjang.

“Kami melihat lebih banyak remaja yang menggunakan vape mempunyai tahap ketagihan yang sangat tinggi,” kata pakar.

Menurut pakar, perkara yang paling penting ingin beritahu ibu bapa adalah vape tidak selamat. Kesan pada kesihatan seseorang sangat tinggi.

Doktor Tryston mengatakan bahawa paru-parunya memberi kesan yang berkekalan tetapi hidupnya dianggap sebagai keajaiban kerana boleh hidup secara normal selepas 10 hari diinkubasi.

Sumber: CBS News

SGMS Enal