Events By: SGMS Faida June 26, 2018 @ 8:33am

Istiadat Angkat Sumpah Barisan Kabinet 2 Julai

Istana Negara memaklumkan istiadat mengangkat sumpah baki barisan Kabinet akan berlangsung di Istana Negara, pada 2 Julai ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sudah menerima senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet pada 20 Jun lalu.

“Senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan dikembalikan semula kepada Pejabat Perdana Menteri pada 22 Jun lalu.

“Pihak istana ingin memaklumkan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet akan diadakan pada 2 Julai di Istana Negara,” katanya dalam satu kenyataan media, tengah malam ini.

Beliau berkata kenyataan itu dikeluarkan bagi merujuk kepada laporan berita yang disiarkan Malay Mail Online hari ini yang bertajuk ‘Cabinet List Delay? Dr. M says ball in Agong’s court’.

“Pihak Istana Negara memohon agar semua pihak tidak melaporkan perkara yang bersifat negatif dan tidak tepat terhadap Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Hari ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata baki senarai menteri telah dimuktamadkan dan akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat.

Sebelum ini, 13 menteri Kabinet telah mengangkat sumpah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 Jan 2020
Featured Wed, 31 May 2023

“Saya Takut Beranak, Tapi Buatnya Sed*p” – Kongsi Pengalaman Melahirkan 6 Orang Anak, Rebecca Nur Islam Pilih Proses Pembedahan

Alamak! Cerita dalam kain ni kalau diambil dari sudut positif maka banyak benda korang boleh belajar okay!

Events Sun, 29 Sep 2019

71岁林子祥魄力十足一连唱32首歌!感触落泪:因为你们继续唱

现年71岁林子祥魄力十足,云顶演唱会一连唱32首歌;尾声更是感触落泪说道“我会一直继续唱下去,都是因为你们。”

Hiburan Thu, 8 Aug 2019
Featured Fri, 30 Dec 2022
Featured Fri, 23 Jul 2021

Penerima Vaksin Dibenarkan Rakam Video Di Pusat Vaksin

Berikutan terdapat pelbagai isu yang timbul mengenai petugas yang melakukan suntikan atau vaksin kosong terhadap penerima vaksin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan membenarkan penerima vaksin mengambil video suntikan mereka, […]

Hiburan Tue, 8 Oct 2019