Categories: LIFESTYLE

Kerana Orang Ketiga Punca Kes Cerai Beribu DiMalaysia

Perceraian merupakan mimpi ngeri dalam kehidupan setiap orang yang mengharapkan mahligai dibina berkekalan sehingga ke syurga. Benarlah, perkahwinan hanya satu permulaan kehidupan baru yang penuh liku.

Menurut statistik dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berdasarkan statistik permohonan Tribunal Perkahwinan sejak 2013 hingga Mei 2019, punca perceraian yang utama ialah tiada persefahaman antara pasangan, masalah kewangan dan kewujudan orang ketiga termasuk mentua.

Selain itu, kajian ke atas punca tekanan terhadap pihak isteri mendapati suami yang tidak dapat bertanggungjawab menyumbang kepada masalah rumah tangga manakala campur tangan mentua menjadi punca tekanan terhadap pihak suami.

Perceraian sering berlaku antara pasangan dalam lingkungan umur 30 hingga 34 tahun bagi kedua-dua jantina.

Sebanyak 17,359 kes dicatatkan berpunca daripada masalah kewangan diikuti gangguan pihak ketiga (6,574 kes) serta penderaan fizikal dan mental (4,884 kes).

Menurut statistik, kes perceraian tertinggi dicatatkan berlaku di Selangor (10,861 kes) diikuti Johor (5,967 kes), Kedah (3,551 kes) dan Perak (1,249 kes).

Sumber: Jabatan Agama Islam Perak, Sakeena.tv

SGMS Enal