Categories: LIFESTYLE

Kongsi Teknik Turun Berat Dengan ‘Fully Breastfeeding’

Perkongsian Nuraisyah Abu Husin ini mungkin dapat membantu anda, para ibu untuk mengawal makanan dan mendapatkan berat ideal anda kembali tanpa memudaratkan nutrisi susu untuk bayi dan badan ibu sendiri.

Post ini khas utk ibu menyusu dan bakal2 ibu juga: Peliknya org kita ni berpantang laksa sampai setahun tapi fast food, makanan manis2 potong kaki dan jajan tak pula dipantangnya 

.

Zon selesa dtg bila setiap kali makan byk dan direstui oleh org sekeliling. Katanya tak apa, nanti lepas habis tempoh menyusu dietlah balik. Bukan keje nak menyalahkan org je, sebab diri sendiri pun tak ada ilmu. Rupanya ibu menyusu ni tak perlu makan mcm pirana.. Ada diet yg membolehkan susu kekal banyak dan badan ibu jadi cantik juga 

Jadi bila bersalin ayra, sya dah ready mental n fizikal.. anak kedua kan.. takkan nak ulang benda yg sama betul x? Lagipun, ayra lahir masa adam baru 1tahun 6 bulan dan dia masih menyusu badan (penuh) . So sya amalkan ini utk make sure susu cukup utk kedua2 anak sya dan sya pun tak gemuk.

1) Minum air masak / air sejuk pun boleh janji plain water sebanyak 2-4L sehari. Ibu2 perlu faham, air adalah perkara plg penting utk penghasilan susu.

2) Kerap direct feeding / follow jadual pam yg betul. Susu ibu ni demand n supply. The more demand, the more milk will be supplied.

3) Heavy breakfast. Sya makan nasi sbg breakfast (dalam portion 1 org makan bukan 2 bukan 3 ye)

4) Wajib Makan buah dan sayur (makan 3 kali sehari dah memadai) Lunch makan nasi lauk semua tapi portion seorang je.. xperlu makan lebih2 konon utk 2 org 

5) Wajib minum susu (sya minum susu HL coklat mmg minum dr pregnant sbb ada acid folic) limit maximum sehari 2 gelas je

6) No milo (milo kosong ke ape semua xboleh) sbb kandungan gula dia tinggi n faktor penyebab gemuk & segala minuman 3in1 juga ya

7) Dinner sebelum pukul 8 malam, n kalau lapar tgh2 malam sya akan makan buah n minum air masak..

Stok buah kena sentiasa ada kat rumah.

Dengan amalkan tips ni semua berat sya mampu maintain 57 kg skrg ni dan masih berjuang menyusukan ayra penuh dan adam pun tumpang sekali sbb masih belum wean off 

SGMS Enal