Categories: LIFESTYLETravelogue

Lokasi Bergambar Bawah Air Paling ‘Stylo’, Umbuk Ponggol

‘Port selfie’ dalam air, Umbul Ponggok merupakan tempat pelancongan air baru yang terletak di kampung Ponggok, Klaten, Jawa Tengah.

Bersaiz 50×20 meter dengan kedalaman 2.6 meter, kolam semulajadi ini boleh dijadikan tempat untuk aktiviti snorkeling.  Kolam? Kolam bukan sebarang kolam, Umbul Ponggok diliputi dengan pasir lautan semulajadi, kawasannya yang berbatu dan dilengkapi dengan ribuan ikan berwarna-warni sehingga menjadikan atmosferanya persis seperti berada dibawah laut.

Lokasi Umbul Ponggok: 
Lebih kurang 40km ke utara – timur dari pusat bandar Yogjakarta atau sekitar 45 minit.

Pengangkutan: 
Setakat ini tiada sebarang pengangkutan yang menuju khusus ke Umbul Ponggok, namun anda boleh menyewa kereta, motosikal atau mencari ‘tour guide’ sepanjang percutian anda ke sana.

Waktu Operasi: 
8 pagi hingga 5 petang

Caj Masuk: 
IDR5,000 (RM1.50) untuk bayaran masuk (hari biasa)
IDR10,000 (RM3.00 untuk bayaran masuk (hujung minggu)

Caj ‘Spot’ Gambar: Antara IDR20,000 (RM6.00) hingga IDR100,000 (RM30.00) mengikut variasi tempat.

Sumber: Official Website Umbuk Ponggol

SGMS Enal