Selain pada media sosial, emoji ini juga tersedia pada papan kekunci telefon bimbit dan aplikasi permesejan seperti Whatsapp, Telegram dan sebagainya.
Jika anda seorang yang teliti, anda tentu perasan kan ada banyak emoji berbentuk hati dengan warna yang berbeza. ada yang berwarna merah, biru, kuning dan hijau kan.
Kenapa ada warna berbeza untuk emoji berbentuk hati ini? Sebenarnya setiap emoji tersebut mempunyai maksud yang tersendiri.
Berikut adalah maksud setiap warna emoji berbentuk hati:
Warna klasik ataupun warna asal simbol hati. Membawa maksud perasaan cinta sejati dan kasih sayang yang ikhlas.
Membawa maksud yang berlawanan dengan emoji hati berwarna merah. Membawa maksud kekecewaan, sedih dan sebagainya.
Selain itu, ia juga boleh membawa maksud ‘dark humor’.
Emoji hati berwarna kuning pula membawa maksud hubungan persahabatan dan perasaan gembira.
Nama lain bagi emoji bewarna hijau adalah ’emoji cemburu’. Selain menggambarkan perasaan kecewa, emoji ini juga boleh digunapakai sebagai simbol kepada kehidupan yang sihat.
Emoji ungu sering digunapakai untuk sesetengah individu ketika memuat naik gambar selepas bersolek. Selain itu, emoji ini juga mewakili perasaan belas kasihan dan juga cinta sesama manusia.
Emoji hati bewarna biru adalah emoji yang menjadi simbol terhadap gerakkan meningkatkan kesedaran terhadap Autism.
Selain itu, emoji hati biru juga merujuk kepada sifat-sifat kepercayaan, harmoni, keamanan dan kesetiaan.
Untuk menarikk perhatian orang.
Membawa maksud perasaan gementar, terutamanya ketika pertama kali berbalas chat dengan orang tersayang.
Sedang jatuh cinta.
Itulah maksud sebenar warna-warna pada emoji hati. Diharap anda tidak terguna emoji hati dengan warna yang tak sepatutnya ketika menggunakan media sosial selepas ini.
Sumber: The Sun UK
Wah fly high girls!
Semoga Irma terus kuat
Word of the year 2024, L U S M 🤣