Categories: LIFESTYLE

Nak Menang Percutian Sepanjang 12 Bulan Ke 12 Destinasi? Baca Artikel Ini Sampai Habis!

Produk kesihatan lelaki dan wanita Nu-prep melancarkan peraduan 12 bulan 12 destinasi sebagai satu rangka promosi pada tahun ini.

Peraduan berkonsepkan beli dan menang itu akan membawa pemenang bercuti pada setiap bulan mengikut destinasi yang terpilih seperti Bali, Boracay, Almati, Jeddah, Mekah, Bandung, Maldives, Sydney, Beijing, Tokyo, Jeju, Hanoi dan Perth.

Pengurus kanan perancangan korporat, Puan Haliza Ramli berkata, peraduan ini adalah sebagai promosi dan meraikan para pelanggan yang memberi sokongan.

“Peraduan tahun ini adalah kita membawa para pemenang melancong dan bercuti ke 12 destinasi pilihan pada setiap bulan.

“Seperti tahun lepas, kami memberikan hadiah wang tunai sehingga RM20,000 dalam peraduan Bonanza Nu-pre wanita dan cabaran 30 hari bersama Nu-prep katanya.

Menurutnya lagi, para pemenang yang dipilih akan diberikan tiket penerbangan termasuk penginapan dan wang poket bernilai RM1500. Pemenang juga boleh membawa pasangan menikmati percutian ini.

Majlis turut disertai Encik Izham Mohd, pengurus besar kualiti pelanggan.

Bagi pelanggan yang ingin menyertai peraduan ini perlulah membeli mana-mana produk nu-prep secara dalam talian atau di farmasi Caring, Watson, Guardian berdekatan dan mengisi borang yang disediakan.

Pengumuman pemenang akan disiarkan dalam media sosial rasmi mereka. Sebarang maklumat lanjut, sila layari http://www.nuprep.com.my

SGMS Faida