Pepper Spray Jangan Lupa Bawa Kalau Korang Tak Nak Kena Macam Wanita Ini…Seram!

Kalau anda yang selalu berjalan seorang diri tidak kira ke mana baik lelaki mahupun perempuan , wajib rasanya ada Pepper Spray. Kejadian yang tidak diingini berlaku tanpa dipinta 

Tayar kereta meletup di tepi lebuhraya dan kawan kepada EL ini meminta bantuan. Semasa menunggu bantuan, ada seorang penunggang motosikal menghulurkan bantuan.

Semestinya bantuan yang diberi diterima tanpa rasa ragu. 

Sewaktu menukar tayar kereta masing-masing berborak tetapi bukan mulut sahaja bercakap tangan pun menjalankan kerjanya. 

Lelaki yang menghulurkan bantuan dikatakan nyaris meraba punggung kawannya itu. Badan pula tidak boleh ke kanan atau ke kiri seperti dipukau

Masalahnya kawannya ini seperti mengikut saja permintaan apabila lelaki itu memintanya untuk masuk dalam kereta

Seolah dipukau, lelaki itu mula nak mencium gadis dan memegang dadanya. Nampak seperti lelaki ini telah memukaunya. Dia faham apa yang sedang terjadi tetapi badan tidak boleh bergerak

Lelaki ini tidak bergerak walaupun tayar pancit sudah selesai ditukar. Ada hati lagi nak minta contact numbernya.  Satu langkah bijak dimana dia meminta no contact lelaki ini untuk membuat laporan polis – gangguan seksual

Nampaknya kes ini menjadi perhatian selepas menerima lebih 10,000 ulang kicau oleh netizen. 

Ladies, sentiasa hati-hati apabila berseorangan di luar dan waspada dengan keadaan sekeliling!

SGMS Enal