Rezeki Sempit? Mungkin Korang Boleh Try Amalkan Doa Dari Neelofa Ni

Tidak mustahil sekiranya pelakon, pengacara dan usahawan ini seringkali dikejar rezeki kan? Al-maklumlah, kepada sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan Lofa menerusi media sosial beliau, pastinya anak seni ini sering dijemput menghadiri minggu fesyen dan mempromosikan jenama beliau di serata dunia.

Terbaru, kehadiran Lofa dalam menjayakan sebuah program mencuri tumpuan apabila Lofa sendiri sempat berkongsi doa yang diamalkannya setiap hari.

Malah, sikapnya yang tidak mudah melenting ketika terpalit isu-isu kontroversi membuatkan Lofa sentiasa menjadi inspirasi dikalangan adik beradik dan juga peminat beliau.

Apapun, semoga yang baik-baik sentiasa dijadikan iktibar buat kita semua.

Salma Syahbuddin