Categories: LIFESTYLETrendsetter

Pertama Kali Masuk Terus Menang, Moena Rashid Peluncur Ombak Paling Power!

Bukan saja berbakat besar dalam acara luncur ombak, Moena Rashid, salah seorang peluncur ombak Safari X buat pertama kalinya menyertai acara pertandingan SUP (stand up paddle) Tenggara Wind Challenge anjuran Kam Surf, yang di adakan di Cherating, Pahang, telah memenangi tempat pertama acara itu. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM600 serta trofi dari pihak penganjur.

Acara sukan Tenggara Wind Challenge yang diadakan setiap tahun di Pantai Cherating, Pahang, ini juga berjaya menarik peserta dari negara luar seperti Singapura, Itali, United Kingdom, Filipina dan Perancis. 

Menurut Moena, 35, acara SUP itu sangat mencabar dan menguji tahap stamina dirinya.  Beliau sangat bersyukur kerana walaupun baru pertama kali menyertai acara ini, beliau berjaya mendapat tempat pertama mengalahkan peserta peserta yang lebih berpengalaman,

Dua orang lagi atlet Safari Xtreme Sports & Events iaitu Mohd Daud, 29 tahun dan Suhaimi Hassan 24 tahun, juga menyertai acara kite surfing dan stand up paddle.  Suhaimi Hassan atau lebih dikenali dengan nama Semmy juga telah berjaya meraih tempat ketiga untuk kedua-dua acara yang disertainya.

“Tujuan kami di SAFARI X adalah untuk mendedahkan atlet-atlet SAFARI X kepada berbagai jenis sukan air yang masih berkaitan dengan ombak dan laut”.  Semua ini merupakan antara aktiviti-aktiviti yang dapat membantu dalam persiapan atlet-atlet mereka untuk menyertai pertandingan-pertandingan luncur ombak antarabangsa. 

“Semoga dengan pendedahan seperti ini dapat menambah peluang mereka untuk menyertai Sukan SEA di Filipina tahun ini” tambahnya lagi.

Untuk rekod, SAFARI XTREME SPORTS & EVENTS ditubuhkan pada tahun 2018 sebagai syarikat penganjuran acara yang memberi tumpuan kepada acara dan aktiviti di sekitar sukan ekstrem untuk anak-anak dan remaja, Safari Xtreme bersemangat untuk mencungkil dan mengembangkan bakat tempatan untuk Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila layari www.safarixtreme.com

SGMS Faida