FESYEN By: SGMS Faida August 20, 2018 @ 2:22pm

Hitam Putih Taruhan Koleksi Musim Bunga 2018

Hebat! 13 rekaan terkini pereka fesyen Suffian Tugiman di Kuala Lumpur Fashion Week 2018 menerusi koleksi Ready To Wear menyaksikan kelainan yang cuba ditonjolkan dalam koleksi terbarunya.

Koleksi ready to wear yang mengetengahkan konsep hitam putih untuk musim panas, Suffian atau lebih mesra disapa sebagai Ude memberitahu rekaan kali ini diinspirasikan daripada pemerhatiannya semasa ke kedai dekorasi.

“ Ketika itu, saya terlihat perhiasan sulaman di dalam sebuah bingkai gambar.

“ Daripada situ, saya mula terfikir menggunakan tampalan sulaman di koleksi ready to wear Suffian Tugiman 2018,” katanya kepada xtra.com.

Tambah pereka berusia 31 tahun ini, rekaan baju dengan sulaman bunga untuk summer 2018 ini bersesuaian dengan koleksi musim bunga.

“ Rekaan minimalis namun tampak eksklusif, saya menggunakan kain berwarna hitam dengan sulaman berwarna warni.

“ Potongan ringkas begini pasti menambat hati sesiapa yang melihatnya. Saya mensasarkan golongan muda yang ingin menyerlahkan kelainan dalam berfesyen. Jangan takut untuk bergaya dengan pemilihan warna hitam putih untuk pakaian harian,” katanya.

Beliau yang memulakan karier dalam rekaan fesyen sejak 2014 turut menyimpan harapan agar koleksi bajunya dapat menembusi pasaran antarabangsa satu hari nanti.

“ Saya pernah mendapat tawaran untuk mengadakan pertunjukan fesyen di Indonesia dan London sebelum ini. Namun atas beberapa faktor, saya masih belum bersedia.

“ InsyaAllah, jika diizinkanNya saya mahu koleksi Ready To Wear Suffian Tugiman mendapat permintaan di luar negara. Mungkin bukan sekarang, tetapi saya percaya suatu hari nanti, saya pasti realisasikannya,” katanya penuh semangat.

Pada masa ini, Suffian mengeluarkan koleksi dalam jumlah terhad di mana bergantung kepada permintaan semasa.

Pereka muda ini juga berterima kasih kepada pelajar jurusan fesyen Kolej Komuniti Temerloh, Pahang atas bantuan dan sokongan sepanjang KLFW 2018 berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur minggu lalu. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Aug 2019
Featured Wed, 20 Dec 2023
Featured Fri, 1 Sep 2023

Alami Kejang Perut & Sukar Bernafas, Syafie Naswip Selamat Jalani Pembedahan

Cepat sembuh Ayie! Moga baik-baik sahaja💗💗💗

Featured Sat, 31 Dec 2022

Hadiahkan Vellfire Untuk Keluarga, Syafiq Kyle Dipuji Netizen – “Dahlah Handsome, Baik Pulak Tu”

Pelakon terkenal, Syafiq Kyle menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Vellfire buat keluarganya. @zarifrecondcar Thank You Syafiq Support Zarif Recond Car | Vellfire Golden Eyes #fyp #foryou #toyota ♬ DJ KNOW ME TOO WELL – REMIX […]

FESYEN Mon, 7 May 2018

Ezuan Ismail Tepis Dakwaan Tiru Rekaan Luar!

Isu ini timbul apabila sebuah akaun instagram telah mendedahkan bahawa baju yang dipakai oleh penyanyi Pematah Hati, Nabila Razali dan pelakon, Maria Farida menyerupai rekaan pereka fesyen ini.