Categories: LIFESTYLE

Perut Memulas Ketika Dalam Perjalanan? Ikuti Tips Ini

Orang tua zaman dahulu mempunyai pelbagai petua turun temurun yang didakwa berkesan untuk mengatasi situasi ini. Antaranya dengan mengurut atau memicit titik acupressure.

Ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dayyan HaadiDayyan juga telah berkongsi tips mengatasi perut memulas menggunakan gelang getah sahaja. Pelik, kan? Berikut ialah perkongsiannya.

Tahan “Buang Air Besar” Dalam Kereta Hanya Dengan Getah Ikat Barang

Ambil beberapa getah ikat yang ikat barang tu, ikat di ibu jari kaki, lepas Ikat tu pastikan jangan sampai darah tak berjalan pula tau. Jadi lain pula nanti.

1.Sambil pegang ibu jari kaki yang telah diikat tu kata, “Sabar jap, jangan keluar lagi, nak sampai dah ni, tak jauh dah pun”

2. Waktu duduk tu pastikan tekan punggung dalam-dalam masuk terbenam ke dalam kusyen kereta.

Insyaallah sempat la sampai hentian RNR atau rumah nanti.

Mula-mula bila buat, rasa macam tak logik sungguh petua ni. Tapi sebenarnya memang berkesan.

Selamat mencuba.

Apa pula petua korang?

 

Sumber: Dayyan HaadiDayyan

SGMS Enal