Categories: Trending

Terkena Bom Ikan Di Semporna, 2 Maut

Dua pelancong warga asing serta seorang penyelam skuba tempatan maut dipercayai terkena bom ikan di Pulau Kalapuan dekat sini, petang tadi.

Difahamkan, kejadian menimpa ketiga-tiga lelaki itu berlaku ketika menyelam, kira-kira 5.50 petang di pulau berkenaan.

Pengerusi Persatuan Pelancongan Semporna, Jamilah Ang Kher Lern ketika dihubungi mengakui berlaku kemalangan maut melibatkan pelancong dan penyelam skuba di Semporna, hari ini.

Namun katanya, punca kemalangan maut itu belum diketahui dan perlu menunggu laporan bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Sabarudin Rahmat berkata maklumat berhubung kejadian itu akan diberitahu kelak kerana setakat ini tiada maklumat lanjut.

Sumber: BERNAMA

Gambar : Borneo Post

SGMS Enal