Serius Ke? Sajian Buffet Ramadhan Serendah RM 88 Di Dorsett Kuala Lumpur!

Bulan Ramadhan memang best tapi ada satu perkara yang kita semua selalu fikir bila tibanya waktu berbuka puasa. Nak berbuka kat mana ya? Buat pengetahuan korang Dorsett Kuala Lumpur kembali lagi dengan sajian buffet Ramadhan pada tahun ini. Nak tahu apa yang specialnya buffet Ramadhan kali ini? 

Bertemakan masakan Bonda Kembali dengan lauk pauk tradisional. Sajian buffet pada tahun ini sesuai untuk korang seisi keluarga berbuka, terutama penggemar citarasa makanan Melayu. 

Buffet Ramadhan ini menyediakan 13 menu utama sajian Melayu, yang disediakan dari resepi turun temurun. Lebih daripada 100 menu istimewa disajikan seperti ‘Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan,’ ‘Kambing Panggang Bersama Nasi Arab’, ‘Kari Kepala Ikan Pulau Pinang’, ‘Sambal Bilis Tempoyak & Petai Perak’, ‘Udang Masak Kailo Melaka’,’Ayam Masak Tomato Kedah’ dan Smoked Beef yang dimasak menggunakan santan kelapa. ‘

Jom kita tengok apa yang menariknya di Dorset KL ni!

 

 

 

 

 

 

Mesti perut korang dah berbunyi tengok sajian makanan yang ditawarkan , so apa tunggu lagi cepat membuat  tempahan untuk korang menikmati sajian ini dengan harga murah bagi “early bird” iaitu serendah RM 88 per person. Korang juga boleh mendapatkan baucer Ramadan secara online di https://www.dorsetthotels.com/en/dorsett-putrajaya/news/ramadan-around-dorsett-silka-hotels.html

 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”