Categories: LIFESTYLE

Sila Buang Air Mineral Yang Tertinggal Dalam Kereta

Masih ada yang minum air mineral atau air botol yang tertinggal dalam kereta selepas dibiarkan lama? Mungkin masih ramai yang minum air tersebut yang telah pun terdedah kepada haba panas dan juga sinaran matahari yang melampau.
Bahaya air botol terdedah kepada sinaran matahari dan panas melampau – Ketua Sub-Kluster Sains Kesihatan Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Jamaludin Mohamed berkata dalam laporan Sinar Harian, secara logiknya, air yang terdedah kepada panas akan menghasilkan bahan-bahan toksik yang mendorong kepada pertumbuhan sel-sel tidak normal iaitu barah,
Air dalam botol plastik di dalam kereta anda, sangatlah merbahaya! Artis antarabangsa, Sheryl Crow juga menghidap barah disebabkan kesan daripada meminum air botol yang terdedah panas. Perkara ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutamanya di Australia.
Jadi sila berhati-hati dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam kereta, dan share perkara ini untuk pengetahuan rakan-rakan anda.
Haba panas dapat menyebabkan toksin atau racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebaik mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.
Seperti yang kita sedia maklum, di dalam Islam ada menyatakan air terbahagi kepada beberapa bahagian dan salah satunya ialah air musyammas iaitu air yang terdedah kepada matahari sememangnya tidak elok di minum kerana kebarangkalian boleh bertukar kepada racun. Semoga kita semua dihindari daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.
SGMS Enal