Categories: LIFESTYLE

Tanda-Tanda Anak Terkena Jangkitan Pada Pernafasan

Pelbagai penyakit di dunia ini. Tidak kiralah dia bayi atau orang dewasa, sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada terkena penyakit serius atau tidak. Sangat risau apabila bayi kecil suda terima penyakit dan jangkitan.

Mungkin sebagai tanggungjawab ibu bapa, kita seharusnya peka dengan keadaan sekeliling tambah-tambah lagi dengan keadaan anak kecil sendiri.

Seperti yang dikongsikan oleh doktor yang menggunakan nama akaun di Twitternya sebagai Dr Nimelesh mengenai keadaan bayi seperti bernafas cepat dari biasa. Video ini ada contohnya.

Kata Dr Nimelesh, ini merupakan tanda masalah dengan pernafasan bayi yang melibatkan peningkatan dalam kadar pernafasan bayi dan juga penggunaan otot-otot pernafasan (accessory muscle).

Tanda tanda ini bukannya berlaku kepada budak budak yang mempunyai penyakit asma sahaja, malah jangkitan salur pernafasan seperti bronchioitis, radang paru paru dan lain-lain.

1. Tachypnea (Kadar pernafasan laju)

Untuk bayi < 2 bulan – Tachypnea dianggap sebagai kadar pernafasan > 60 kali pernafasan dalam seminit.

2. Nasal Flaring

Untuk pengetahuan anda, bayi 2 bulan – satu tahun , > 50 kali pernafasan dalam seminit. Bagi kanak kanak berusia 1 hingga 5 tahun, > 40 kali pernafasan dalam seminit.

Apabila anda melihat lubang hidung bayi semakin membesar semasa bernafas. Ini merupakan tanda susah bernafas.

3. Retractions (ataupun lekuk di dada)

4. Head Bobbing

Ini berlaku apabila bayi menggunakan otot untuk bernafas “scaleni dan sternocleidomastoid”. Apabila kontraksi otot berlaku, ini yang menyebabkan kepala dia macam naik ke atas dan ke bawah.

Head bobbing merupakan tanda “lambat”, maksudnye bayi sudah lama bernafas laju dan mula berasa letih.

5. Grunting (bunyi yang didengari semasa bayi cuba hembus) diikuti oleh tanda tanda nafas laju yang lain.

6. See Saw Breathing

Jangan tunggu sekiranya anda melihat tanda tanda sebegini. Bawa ke Jabatan Kecemasan atau Klinik dengan segera. Rawatan perlu diberi kepada bayi dengan segera.

Sebab itu, Jangan Tunggu. Kerja anda tak penting. Hidup anak anda lagi penting!

Jadi, selepas anda baca artikel ini, segera dapatkan rawatan selebih lanjut untuk kesihatan anak anda dan jangan berlengah lagi.

Sumber: Dr Nimelesh

SGMS Enal