Categories: LIFESTYLETravelogue

Tips Elak Kulit Kering Sewaktu Melancong Musim Sejuk

Siapa yang tidak menggemari untuk travel atau melancong. Terutama sekali sewaktu musim sejuk. Tahukah yang kulit muka lebih cepat kering dan menjadi tidak selesa sewaktu musim ini. Ada pula yang nampak kusam, kemerahan dan ada yang gatal-gatal. Jadi untuk mengelak perkara ini berlaku, mungkin anda boleh cuba tips ini ya

Minum air masak 

Kena amalkan minum air masak selalu. Ini untuk mengekalkan kelembapan pada kulit walaupun tidak dahaga. Bawalah air mineral sebotol sewaktu travel ya

Pelembab Kulit

 Wajib ada dan dibawa sekali. Cari yang handcarry atau bersaiz kecil agar boleh dibawa kemana-mana sewaktu melancong. Cari yang sesuai untuk kulit muka anda tidak kira lelaki atau wanita ya. Losyen yang mempunyai minyak zaitun disyorkan kerana banyak khasiatnya

Pakaian Sesuai

Pakaian yang dibawa dan dipakai sesuai dengan musim sejuk. Antaranya sarung tangan, sarung kaki dan baju sejuk. Janganlah bawa baju yang nipis sebaiknya pakai yang cukup tebal. Untuk wajah atau leher boleh saja ditutup dengan skarf atau mask untuk menutup

SGMS Enal