URGH…SUSAHNYA BANGUN PAGI!

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Kredit gambar: Arine Romano

A: Kau ni macam burung hantulah!

B: Eh, kenapa pula?

A: Ya lah, malam berjaga. Siang kemaen susah kau nak bangun, alarm dah berbunyi sejam pun, kau lena lagi. Ish, apa nak jadi ni?

Korang ada masalah bangun pagi setiap hari? Umur dah cecah 30 an tapi kekal sebegini. Tahukah korang, rugi besar kalau tak bangun dan mulakan aktiviti di siang hari.

Terdapat istilah yang dipanggil “Ikigai” dalam masyarakat Jepun, iaitu orang yang bangun pagi mempunyai umur yang panjang. Wow, dengar tu!

Masalah sukar bangun pagi dikategori sebagai masalah serius kerana ia meninggalkan impak besar kepada diri sendiri! Jom baca tips ini untuk atasi masalah sukar bangun pagi…

  • Minum Kopi Di Pagi Hari SAHAJA

Tahu tak, pengambilan kafein akan menggangu proses tidur sehingga lebih daripada enam jam selepas anda meminumnya, walaupun anda tidak sedar tentang hal ini. Oleh itu, hadkan pengambilan minuman berkafein selepas jam 2 petang.

Kredit: Pixabay

  • Tetapkan Alarm sebelum masuk tidur

Time’s Up! Dah tiba masa untuk letak novel kegemaran korang di meja tidur, tepuk bantal dan baca doa sebelum tidur (bagi yang beragama Islam). Tidurlah pada waktu sepatutnya! Jika korang lengahkan waktu tidur, maka waktu bangun pagi juga korang pasti lengahkan masa. Ala, lima minit lagilah baru bangun…sedar, sedar…Dah sejam ‘terbabas’. Gunakan teknologi yang ada pada telefon pintar korang, tetapkan alarm dengan lagu kegemaran, barulah bangun pagi terus bersemangat!

  • Baca Doa Tidur

Amalkan rutin memberus gigi, memakai pakaian tidur, mandi dan membaca sedikit surah dan doa tidur. Dengan memastikan rutin sebelum tidur dibuat pada waktu yang sama setiap malam, ia akan membantu otak kita mengenal pasti waktu sepatutnya untuk masuk tidur. Cuba lakukan tips ini untuk mudah bangun awal pagi setiap hari!

Tips: bacalah surah al-Mulk (sekurang-kurangnya 10 ayat) dan niatkan agar diawal bangun oleh Allah s.w.t

Kredit: StyleCraze

  • Matikan alat elektronik

Matikan semua peralatan elektronik anda seperti televisyen, komputer riba dan telefon pintar sekurang kurangnya setengah jam sebelum waktu tidur. Ini kerana gelombang cahaya biru dari alat elektronik yang masuk melalui mata akan mengganggu penghasilan melatonin, iaitu sejenis hormon yang mengarahkan badan kita untuk tidur.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada korang semua. Cuba ubah waktu bangun 15 minit lebih awal. Insha Allah, proses bangun pagi akan menjadi lebih mudah dalam tempoh satu bulan. Chaiyok!

SGMS Faida