Categories: LIFESTYLE

Waa… Sekarang Boleh Riadah Di Stadium Bukit Jalil Hujung Minggu

Bila sebut sahaja Stadium Nasional Bukit Jalil, pasti rakyat Malaysia akan terbayang akan gahnya ‘rumah’ Harimau Malaya ini. Keluasannya mampu memuatkan 87,000 tempat duduk dan ada masanya mampu menampung kapasiti sehingga 100,000 penonton.

Ramai pastinya tidak akan melepaskan peluang merasai sendiri pengalaman menjejakkan kaki ke stadium ini ketika terdapatnya sebarang perlawanan atau kejohanan yang berlangsung.

Tetapi kini tidak lagi, kerana semua rakyat berpeluang untuk melakukan aktiviti riadah di Stadium Bukit Jalil pada setiap hujung minggu.

Menerusi satu status yang dimuatnaik oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, beliau memberitahu berita baik itu kepada rakyat sebagai usaha menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup sihat.

Mulai hari ini, Stadium Bukit Jalil akan dibuka kepada semua pada hari Sabtu & Ahad, 7am-10am. Sukan milik semua!

Kami juga akan usahakan supaya infra sukan milik KBS dapat digunakan pada waktu malam supaya mereka yang balik berkerja dapat menikmatinya.

Sumber : Syed Saddiq

SGMS Enal