Wow! Tun M Kongsi Rahsia Gaji Selama 29 Tahun

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku beliau tidak pernah menggunakan gaji semasa bergelar Perdana Menteri, sebelum ini.

Katanya, wang gaji semasa beliau meletakkan jawatan adalah RM20,000 dan wang berkenaan adalah mencukupi.

“Ketika saya menjadi perdana menteri, gaji semasa saya letak jawatan adalah RM20,000 sebulan.

“Saya simpan gaji saya. Itulah duit yang saya ada sekarang sebab semuanya dibayar oleh kerajaan,” jelas Dr Mahathir pada Sidang media selepas sesi taklimat Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah (GIACC) di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, hari ini.

Akui beliau, wang gaji berkenaan dianggap lebih daripada cukup. Bayangkan beliau tidak pernah guna gaji selama 29 tahun.

“ Ini kerana Kerajaan telah memberikan rumah, kenderaan dan membayar elaun perjalanan, bil elektrik serta air.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir mengumumkan satu lagi pemotongan gaji sebagai salah satu langkah mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Pemotongan tersebut membabitkan elaun keraian semua penjawat awam berpangkat Jusa A dan ke atas berkuat kuasa Julai ini.

Manakala, semua ahli Parlimen daripada kerajaan akan diberikan peruntukan sebanyak RM500,000 dan RM200,000 untuk Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen.

SGMS Faida