Lakonan Sofi Jikan, Aprena, Abam Bocey, Wan Hanafi Su & Fauziah Nawi Dalam ‘Jodoh Syaitan’

Angkara nafsu, manusia sanggup berkahwin dengan syaitan! Wow, dengar saja dah meremang bulu roma. Macam mana agaknya kesudahan filem ini ya?

Semalam berlangsungnya pelancaran filem Jodoh Syaitan anjuran syarikat produksi DA Motion Media di LakePark Residence, Kuala Lumpur.

Penerbitnya Mokharul Shamsul Mokhtar atau Asey ketika ditemui memberitahu syarikatnya menerbitkan filem ini kerana bersesuaian dengan kehendak semasa.

“ Tak dinafikan filem bergenre seram merupakan filem yang menjadi pilihan penonton.

“ Berdasarkan sambutan diterima, ternyata ramai penerbit masa kini lebih tertarik menghasilkan filem seram.

“ Penglibatan saya dalam industri perfileman bukan sehari dua, sudah lama. Sudah tiba masanya untuk saya menerbitkan filem sendiri,” katanya dalam sesi sidang media, malam tadi.

Asey menegaskan biarpun pasaran filem tempatan buat masa ini dilihat tidak menentu namun ia bukan halangan untuknya menerbitkan filem Jodoh Syaitan.

“ Dengan cara ini juga saya dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakan-rakan kru dalam industri,” katanya.

Semoga penggambaran filem ini berjalan lancar ya! Penggambaran filem Jodoh Syaitan dijangka bermula pada 18 Julai ini di Pasir Puteh, Kelantan dan Jertih, Terengganu.

Filem komedi seram ini menampilkan pelakon hebat seperti Sofi Jikan, Aprena, Abam Bocey, Wan Hanafi Su, Fauziah Nawi, Jay Iswazir dan ramai lagi. Bukan calang-calang pelakon tau dalam filem ini, wajib tonton!

SGMS Faida