Abam Sasar Berat Badan Turun Ke 100 Kilogram

Terbaiklah! Pelawak dan pelakon Abam Bocey kini masih fokus dalam menurunkan berat badannya.

Abam yang ditemui di Majlis Pelancaran filem Jodoh Syaitan malam tadi memaklumkan selain bakal masuk ke set penggambaran di Jerteh minggu depan, dia masih sibuk dalam misi menurunkan berat badan.

“ Target saya sehingga hujung tahun ini. Berat asal saya 188.6 kilogram sebelum ini. Sekarang sudah kurang kepada 163 kg.

“ Hujung tahun ini, saya sasarkan berat saya akan turun sehingga 100 kilogram. Insha Allah, tahun baru badan baru” katanya berseloroh.

Abam memberitahu dia turut rajin turun ke gimnasium dan bermain badminton untuk aktivti senaman. Terbaiklah Abam!

Dalam perkembangan lain, Abam membawa watak sebagai Kulup dalam Jodoh Syaitan.

“ Saya membawa watak sebagai kawan baik kepada Megat (Sofi Jikan). Tapi jangan salah faham, cerita ini sebenarnya filem komedi seram. Cuma karakter saya dalam filem ini seorang yang serius,” katanya.

Wah, tak sabar nak tengok Abam bawa watak serius ni! Filem Jodoh Syaitan akan memulakan penggambaran di Kelantan dan Terengganu bermula 18 Julai ini.

SGMS Faida