Categories: LIFESTYLETrendsetter

Yeay! Wanita Arab Saudi Mula Terima Lesen Memandu

Arab Saudi merupakan satu-satunya negara yang tidak membenarkan wanita memandu atas alasan agama. Namun dasar ini akhirnya bertukar apabila kerajaan Arab Saudi mula mengeluarkan lesen memandu kepada golongan wanita.

Difahamkan setakat ini, sepuluh wanita pertama mencatat sejarah sejak semalam apabila mereka menerima lesen memandu masing-masing.

“Dijangka pada minggu depan, tambahan 2,000 wanita akan turut menerima lesen mereka,” kata pihak Pusat Komunikasi Antarabangsa (CIC).

Ada dalam kalangan mereka yang menukar lesen memandu luar negara supaya sah digunakan di beberapa bandar di negara ini.

Sementera itu, menurut Rema Jawdat, pemansuhan larangan itu bagaikan mimpi jadi kenyataan.

“Peluang ini bagaikan kebebasan yang diberikan kerajaan,” katanya yang juga pegawai di kementerian ekonomi dan perancangan yang sebelum ini pernah memandu di Lubnan dan Switzerland.

Bagaimanapun ada pihak Agensi Berita Saudi memaklumkan, ada kemungkinan pemohon lesen memandu wanita perlu menjalani ujian praktikal.

“Setakat ini, tiada maklumat lanjut berhubung peraturan itu,” katanya.

SGMS Faida