Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin April 3, 2019 @ 11:48am

Lihat penampilan 5 selebriti wanita tempatan dalam sut ini. Bergaya habis!

Oleh: Syarifah Fatin Anisa

Sut direka untuk lelaki sejak puluhan tahun yang lalu, namun wanita mula berani menggayakannya setelah semangat memperkasakan wanita muncul dalam  masyarakat sejak 1960-an.

Sejak itu, ia telah menjadi pakaian yang penting dalam menunjukkan imej bagi wanita bekerjaya.

Selebriti wanita tempatan juga tidak ketinggalan tampil menggayakan sut dalam majlis ternama tanah air.

Dengan sut yang berlainan jenis, mereka bijak memadankan pakaian tersebut dengan variasi corak tudung.

Berikut adalah gaya pemakaian sut oleh selebriti wanita tanah air.

1. Neelofa

Neelofa sememangnya  ikon fesyen negara. Lihat sahaja pemilihan sut yang dipakai. Dia tidak kekok menggayakan sut yang berlainan corak. Ia memberikan sentuhan edgy kepada penampilan Neelofa.

Bagi sut yang bercorak kotak-kotak yang dipadankan bersama tudung merah jambu terang diselitkan juga kaca mata besar memberikan sentuhan nerdy, tapi pada masa sama, Neelofa tetap kelihatan bergaya.

Sut kosong berwarna biru muda pula membuatkan beliau kelihatan ayu dalam usaha menunjukkan sisi beraninya. Ia bersesuaian dengan imej korporat yang ingin ditonjolkan.

Foto: Instagram Neelofa

Foto: Instagram Neelofa

Foto: Instagram Neelofa

2. Mira Filzah

Pemakaian sut  menampakkan sisi yang berlainan terhadap wajah ayu dimiliki pelakon wanita kesayangan ramai ini.Walaupun tidak ‘seberani’ Neelofa dalam menggayakan sut, dia tetap kelihatan cantik. 

Instagram Mira Filzah

Foto: Instagram Mira Filzah

Foto: Instagram Mira Filzah

3. Sherry Ibrahim

Meskipun jarang dilihat di kaca televisyen, tetapi Sherry tetap menjaga penampilannya memandangkan statusnya sebagai ahli perniagaan. 

Oleh itu, setiap pakaian yang dikenakan haruslah menarik perhatian  dan memberikan aura wanita bekerjaya kepada pihak pelanggan. 

Lihat saja penampilan Sherry ini!

Foto: Instagram Sherry Ibrahim

Foto: Instagram Sherry Ibrahim

Foto: Instagram Sherry Ibrahim

4. Bella Dally

Fesyen dan gayanya sering diikuti ramai sementelah dia bijak menyelaras pakaian dengan imej bertudungnya. 

Foto: Instagram Bella Dally

Foto: Instagram Bella Dally

Foto: Instagram Bella Dally

5. Elfira Loy

Gadis kecil molek ini juga tidak ketinggalan dalam menggayakan sut. 

Foto: Instagram Elfira Loy

Foto: Instagram Elfira Loy

Foto: Instagram Elfira Loy

Bagaimana? Sudah terinspirasi untuk mengenakan sut ke pejabat atau mana-mana majlis? Anda hanya perlu yakin dalam menggayakannya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 3 Dec 2019
Oh Lawa Fri, 16 Aug 2019

Tiga bahan rahsia keremajaan kulit bawah mata

Kulit bawah mata buat anda tampak muda!

Oh Lawa Fri, 25 May 2018

Siapa Kata Berbadan Besar Tidak Boleh Bergaya? Ini Koleksi Lebaran Plus Size Yang Wajib Anda Beli!

Kalau anda berbadan besar, tidak menjadi satu masalah untuk anda melaram dengan koleksi Amani Curve dan Michael Ang ini!

Oh Lawa Thu, 27 Sep 2018
Featured Wed, 12 Dec 2018
Featured Thu, 5 Sep 2019
Featured Tue, 24 Mar 2020

Baju kurung potongan klasik tak jemu mata memandang

Tampil eksklusif dan menawan pada Aidilfitri

Featured Thu, 6 Sep 2018

Lady Gaga Nampak Macam Gula-Gula Kapas Gergasi Apabila Menghadiri Venice Film Festival

Tekstur busananya yang nampak lembut itu buat kita rasa nak curi makan.

Featured Fri, 7 Dec 2018
Oh Lawa Tue, 13 Nov 2018

15 Reka Bentuk Anting-Anting Leather Yang Tengah Trending Sekarang

Inilah trend terbaru bagi aksesori fesyen pada masa kini.

error: Content is protected !!