Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 31, 2023 @ 6:18pm

Lima Bulan Tampil Berhijab, Intan Ladyana Syukur Suami Beri Sokongan – “Saya Bertudung Dengan Kerelaan Sendiri”

Umum mengetahui, pelakon cantik Intan Ladyana sudah mengenakan hijab ketika sedang bercuti atas kapal persiaran mewah pada Oktober tahun lalu.

Namun aktres tersebut tidak berkongsi tentang penghijrahannya itu kepada umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan Berhijab Jadi Tumpuan, Netizen Doakan Intan Ladyana Istiqamah

Terbaharu, memetik laporan Harian Metro, Intan mengakui hasrat untuk bertudung sudah lama dan membuat keputusan tersebut dengan kerelaan dirinya sendiri.

Malah penghijrahannya itu turut mendapat sokongan penuh daripada suaminya yang juga seorang penyanyi dan pelakon, Harris Alif.

“Sebenarnya sudah lama saya menyimpan hasrat untuk bertudung, tapi terpaksa ditangguhkan kerana komitmen kerja sebagai pelakon sebelum ini.

“Ketika mula-mula bertudung saya teruja, tapi pada masa sama ragu-ragu kerana memikirkan betul atau tidak cara pemakaian tudung kerana selalunya ketika penggambaran drama, ada kru yang tolong pakaikan.

“Saya bertudung dengan kerelaan sendiri. Suami pula sangat positif melihat penghijrahan saya ini. Alhamdulillah dia juga gembira dan beri sokongan untuk saya tampil bertudung sejak hari pertama lagi,” ujar Intan.

Lima bulan tampil sopan dengan penampilan baharu itu, Intan bertekad untuk menjaga batas ketika bekerja malah pihak produksi juga memahami perkara itu.

“Bila sudah berhijrah, saya juga tidak mahu berubah sekadar penampilan luaran semata-mata. Sebaliknya saya juga mula menjaga batas dengan tidak bersentuhan dengan pelakon lelaki di lokasi penggambaran.

“Saya percaya perlu menjaga batas itu supaya ia selari dengan penampilan serta status sebagai isteri dan ibu. Setakat ini, pihak penerbit dan pengarah memahami pendirian saya itu dan tiada masalah di lokasi penggambaran,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kini Tampil Berhijab, Intan ladyana Jaga Batas Dalam Lakonan

Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Evie Khadeeja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 18 May 2025

Malam Mendengar Nadin Amizah: Datang Tanpa Ekspektasi, Pulang Sebagai Peminat

Saya datang tanpa ekspektasi, tetapi saya pulang sebagai seorang peminat. Mungkin itu keindahan sebenar ‘Malam Mendengar Nadin Amizah’.

Events Thu, 17 Nov 2022
Featured Tue, 30 Aug 2022

Tarikh Nikah Makin Hampir, Netizen Minta Shahir Zawawi Bayar Hutang RM4,000 Sebelum Kahwin?

Alamak, ni apa kes? Betul ke Shahir berhutang sampai 4 ribu? 🤯😣

Hiburan Thu, 7 Sep 2023
Trending Fri, 27 Mar 2020
Hiburan Fri, 13 Jul 2018

Comel! Mikayla Delisha Hakim Nama Anak Norman-Memey

Assalammulaikum… Hi, salam Jumaat semua. Papa dan mummy dah bagi kita nama tau. Nama kita kan, dengan izin Allah, nama kita Mikayla Delisha Hakim.

Featured Wed, 18 Mar 2020

COVID-19: Tangguh dulu kenduri kahwin, patuhi arahan jika mahu selamat

JAIS sedia tatacara pelaksanaan majlis nikah

Events Thu, 16 Aug 2018

2018 Asian Games Torch Lights Up Jakarta Stop

The ceremony was very bright and colourful too.

error: Content is protected !!