Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 11, 2024 @ 11:13pm

LoKohoPunoh & BraderWheelchair Raih Trofi ‘Changemaker Of The Year’ TikTok Awards Malaysia 2024

Bukan sahaja mengangkat TikTok Creators popular dan menjadi pilihan ramai dalam pelbagai kategori, TikTok Awards Malaysia 2024 turut mengiktiraf mereka yang menggunakan pengaruh untuk memberi inspirasi serta melaksanakan perubahan sosial.

Dua pencipta kandungan luar biasa, BraderWheelchair dan LoKohoPunoh (LKP) yang menggunakan pengaruh mereka ke arah positif diangkat sebagai penerima trofi ‘Changemaker Of The Year’ di TikTok Awards Malaysia 2024.

Bagi anugerah ‘Changemaker of the Year’ yang pertama, TikTok meraikan usaha LKP yang ditubuhkan oleh Uzair Emir.

Bermula dengan video membersihkan kawasan pantai di Pantai Batu Burok, Terengganu, mereka terus mencipta kandungan sesi kerja-kerja pembersihan di kebanyakan pantai sekitar Terengganu.

Seterusnya, BraderWheelchair yang turut memenangi Anugerah ‘Changemaker of the Year’ diraikan kerana meningkatkan kesedaran tentang kehidupan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) yang menggunakan kerusi roda.

BraderWheelchair atau nama sebenarnya, Nur Izhar Idham berkongsi kandungan yang dipersembahankan untuk membangkitkan semangat komuniti OKU dan dia turut berkongsi cara-cara menggunakan kerusi roda dalam kehidupan seharian.

Sekadar info, anugerah istimewa ini merupakan anugerah baharu yang diperkenalkan oleh TikTok. Melalui kategori ini, TikTok berhasrat untuk mengiktiraf pencipta yang berjaya memberikan impak besar dan melangkaui batasan yang positif melalui kandungan yang dicipta.

TikTok Awards Malaysia 2024 direalisasikan melalui gandingan hebat Che Puan Sarimah Ibrahim dan Janna Nick sebagai hos utama.

TikTok Awards Malaysia 2024, ditayang secara eksklusif di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada jam 9.00 malam atau secara langsung melalui Tonton, www.tonton.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Memang Saya Pelawak, Tapi Soal Zuriat Saya Serius!

Soalan macam itu tak perlu ditanya pun tak apa. Tunggu saja berita gembira kalau orang tu nak beritahu. Jaga perasaan pasangan itu.

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

GFriends Bakal Datang Ke Malaysia Untuk Konsert Asia Tour Pada Jun Ini!

Walaupun tak se-femes Blackpink , tapi best juga lagu-lagu diorang ni?

Hiburan Sun, 7 Apr 2024
Trending Wed, 5 May 2021

Lan Pet Pet Didakwa Pukul Abang Rider, Saiful Apek Mohon Orang Ramai Tak Jatuhkan Hukuman

Pelawak Saiful Apek mendedahkan dia belum lagi berhubung dengan sahabatnya, pelawak Lan Pet Pet yang terpalit dengan kontroversi baru-baru ini. Menurut Apek atau nama sebenarnya, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 52, pada awalnya dia tidak mengetahui […]

Trending Sun, 19 Jun 2022

“Saya Tak Nak Masuk TV Buat Masa Ni” – Adibah Noor Tolak Tawaran Rakaman Lagu Pada Tarikh Pengebumian

Adibah Noor tolak tawaran untuk keluar televisyen seolah-olah tahu dirinya akan pergi buat selamanya.

Hiburan Tue, 20 Feb 2018

蔡依林感染病毒 米兰行程全取消

歌手蔡依林日前才受邀至中国春晚表演,当晚一连表演了多首唱跳歌曲,结束工作的她返乡过年,却在传出中标急性肠胃炎,目前人在医院治疗。

error: Content is protected !!