Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa January 17, 2023 @ 8:37pm

Lucu! Ada Duda Meminati Syafiqa Melvin, Syatilla Melvin Teruja Nak Tolong Adjust

Umum mengetahui, keluarga The Melvins sering mencuit hati penonton dengan gelagat lucu mereka menerusi siaran langsung.

Terbaharu, rakaman siaran langsung keluarga tersebut telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok bernama @bonnorhidayah dan ia berjaya meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran tersebut, pelakon Syatilla Melvin dan kakaknya, Syafiqa Melvin sedang melayan kerenah pengikut sepanjang siaran langsung itu berjalan.

Namun, ketika Syafiqa atau lebih dikenali sebagai Kak Long membaca salah satu komen daripada seorang individu, ia membuatkan keadaan ketika itu bertambah meriah.

Menurut individu itu, bapa saudaranya menyukai Kak Long namun dia merupakan seorang duda.

“Pak cik saya minat Kak Long tapi dia duda,” kata individu itu.

Komen tersebut telah membuatkan Kak Long terkejut dan Syatilla yang berada ditepinya turut terkejut serta teruja sehingga berkata ingin membantu untuk mengenalkan mereka berdua.

“Adik DM! DM pak cik awak itu! Akak adjust! Kita adjust bagi jadi punya! Kita adjust sikit buat rasa-rasa bagi kat Kak Long. Adjust duda tu bagi kat Kak Long hahaha,” seloroh Syatilla.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat adik beradik ini, lebih-lebih lagi Syatilla yang suka menyakat kakaknya itu.

“Lawak betul lah Tilla ni, tak boleh bawa bincang hahaha.

“Hahahaha ok ni paling kelakar.

“Tilla memang suka nah buat Kak Long macam tu hahaha.

“Kuat sakat betul si Tilla ni hahaha.

“Mesti pening Kak Long melayan adik masuk ayaq hahaha.

“Sakit perut aku gelak tengok depa dua beradik ni. Hahaha Tilla kelakar betul,” komen netizen

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 875,000 tontonan, 60,000 tanda suka dan 377 lebih komen.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 5 Feb 2018

失火之后全家微笑合影:人都在,家就在

中国网友间最近流传一张充满「正能量」的照片,拍摄者姜托托声称,照片中一家三口站在废墟里开心比YA,他们其实是自己的亲戚,虽然住家毁了,宠物狗也命丧火窟,但他们还是打起精神、露出微笑,积极面对这场悲剧“毕竟人在,家就在。”

Trending Mon, 12 Apr 2021
Hiburan Mon, 24 Mar 2025
Featured Wed, 28 Dec 2022
Featured Mon, 28 Feb 2022

Seramai 407, 097 Calon SPM Jalani Ujian Bertulis Bermula 2 Mac Ini

Semakan boleh dibuat menerusi laman web rasmi LP KPM

Events Sat, 31 Aug 2019

Mad August八周年演唱会!刘力扬摇滚助阵首唱跨国合作单曲

大马摇滚乐团Mad August出道8周年首办『FIGHTER 』演唱会,化身摇滚战士为本地摇滚音乐不死而战,邀得中国原创女歌手刘力扬前来助阵,奋力演出让现场粉丝『敢。动』嗨翻。

Hiburan Thu, 21 Aug 2025
error: Content is protected !!