Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 30, 2024 @ 12:00pm

Magis Kunto Aji Menjadi, Konsert Perjalanan Menawar Racun Sukses!

Penyanyi dan penulis lagu popular Indonesia, Kunto Aji berbangga apabila siri jelajah konsertnya berjudul, Perjalanan Menawar Racun sukses.

Ketika ditemui XTRA usai konsert di Kuala Lumpur baru-baru ini, Kunto Aji atau lebih mesra dengan panggilan Maskun bersyukur kerana Kuala Lumpur menjadi lokasi penutup siri jelajah konsertnya untuk tahun ini selepas lima buah bandar di Indonesia.

“Lima bandar di Indonesia dan satu di Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Ini adalah penutup bagi konsert Perjalanan Menawar Racun pada kali ini,” katanya.

Menyifatkan Kuala Lumpur sebagai kota yang mempunyai tenaga luar biasa berbanding kota-kota lain, Kunto mengakui dia berasa sangat gembira dan senang berada di sini.

Pada Khamis, pelantun lagu Sudah Terlalu Lama Sendiri itu sempat menghiburkan seramai 1,500 penonton yang hadir di Zepp, Kuala Lumpur.

Selain mendendangkan lagu-lagu hit nya dalam album ‘Generation Y’, Kunto juga sempat membawakan lagu seperti Rehat, Mercusuar, Saudade, Konon Katanya, Rancang Rencana dan banyak lagi lagu yang dipetik dari album ‘Mantra-Mantra’.

Tidak habis disitu, pemilik suara merdu dengan alunan bait indah lirik yang ‘deep’ seakan memukau penonton ini tampil menghiburkan peminatnya dengan lagu terbaharunya dari album Penghantar Purifikasi Fikir seperti Jangan Melamun Saat Hujan, Asimetris, Melepas Pelukan Ibu, Pilu Membiru dan Rona Merah Langit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Dec 2024

Pecah Amanah, Vivy Yusof & Suami Didakwa Seleweng Dana RM43.9 Juta

Vivy dan Fadza didakwa berhubung kes seleweng dana PNB berjumlah RM43.9 juta.

Hiburan Sat, 15 Dec 2018
Hiburan Tue, 12 Nov 2024
Events Fri, 1 Nov 2019

《了不起的Z世代》获颁 ASK2019「最佳实境节目」

由叶剑锋主持的八度空间《了不起的Z世代》成功脱颖而出,获颁 「ASK2019」最佳实境节目。

Hiburan Sat, 19 Oct 2024
Trending Wed, 4 Jul 2018

Selesai Prosiding, Najib Dibawa Ke Mahkamah Tinggi

Kelihatan didalam Mahkamah adalah dua anak beliau iaitu Norashman dan Nooryana Najwa serta menantunya, Daniyar Kessikbayev. 

Hiburan Thu, 1 Sep 2022

[VIDEO] “Lamanya Tak Tengok Lakonan Dia” – Nasha Aziz Bakal Muncul Dalam Drama Terbaru?

Wow!!!Cantiknya Nasha dalam video ni. Tetap letups walaupun dah 50an.

Hiburan Fri, 29 Jun 2018

Tahniah! Selamat Pengantin Baru Dayah Bakar

Dayah atau nama sebenarnya Nurhidayah Abu Bakar selamat dinikahkan oleh bapanya bertempat di 9Kedondong, Kuala Lumpur.

error: Content is protected !!