Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal December 29, 2019 @ 11:48am

Makanan Pedas Boleh Kurangkan Risiko Sakit Jantung & Berat Badan

Makan makanan pedas tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Lambakan kedai yang menjual pelbagai makanan viral berasaskan sensasi rasa pedas pasti diserbu tak kiralah dimana ia dibuka.

Tak kira siapa pun anda, keinginan untuk menjamah masakan yang pedas-pedas seolah-olah sebahagian daripada naluri anda sejak dilahirkan.

Begitupun, adakah anda tahu makan makanan pedas turut mempunyai kebaikan seperti dalam satu kajian yang dikongsikan oleh Hello Doktor ini.

Konsep pinggan suku-suku separuh yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan salah satu alternatif sihat yang boleh diamalkan oleh rakyat negara ini bagi mengelakkan komplikasi kesihatan akibat daripada pengambilan kalori berlebihan.

Namun adakah kalori merupakan kunci kepada kesihatan secara am atau jenis makanan yang diambil? Kajian terbaru menunjukkan bahawa makanan pedas boleh menjadi faktor pelindung kepada masalah jantung. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

Insiden penyakit jantung dalam kalangan pemakan makanan pedas

Tidak boleh disangkal lagi bahawasanya gula merupakan pembunuh nombor satu dalam dunia pemakanan. Pengambilannya secara berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kronik seperti kencing manis, hipertensi dan penyakit jantung.

Sebagai individu yang sentiasa peka dengan isu kesihatan masa kini, anda semestinya menginginkan kualiti penjagaan kesihatan yang optimum.

Kajian terbaru yang dijalankan di Institut Neurologikal Mediterranean, Itali telah menunjukkan satu dapatan yang mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan saintis berkenaan dengan pengambilan cili dan insiden penyakit jantung.

Kajian tersebut melibatkan sejumlah 23,000 subjek dan tempoh pemantauan telah berlangsung selama 8 tahun. Gaya pemakanan mereka dipantau secara berkala dan mereka yang mengambil cili secara kerap mempunyai risiko penyakit jantung 40% lebih rendah berbanding dengan subjek yang lain.

Kajian tersebut telah diterbitkan di laman Jurnal Kardiologi dan Kolej Amerika. Walaupun ia merupakan satu berita baik buat mereka yang suka makan pedas, namun kajian lanjut perlu dijalankan melibatkan sampel yang lebih besar dan lokaliti yang berbeza.

Ini bagi menguji ketepatan hipotesis tersebut seterusnya mengesahkan kesimpulan bahawa cili memang benar-benar memberikan kesan fisiologikal positif terhadap risiko penyakit jantung.

Capsaicin, suspek utama

Ini bukan kali pertama cili dianggap sebagai makanan yang boleh mencegah masalah jantung. Pada awal tahun 2017, Universiti Vermont telah menerbitkan kajian yang mendapati bahawa mereka yang mengambil cili dalam diet harian mempunyai 13% risiko lebih rendah untuk mati disebabkan oleh penyakit jantung dan masalah strok.

Antara kompaun yang menjadi tumpuan para ahli akademik adalah capsaicin. Ia merupakan kompaun yang wujud pada makanan yang memberikan rasa pedas kepada mereka yang memakannya.

Capsaicin berupaya untuk mempengaruhi kadar metabolisme badan dan menggalakkan penggunaan kalori bagi mengekalkan tahap penggunaan tenaga waktu rehat (resting energy expenditure) yang lebih tinggi. Ini bermakna, makanan pedas boleh membantu individu bagi menurunkan berat badan.

Capsaicin mempunyai fungsi antiradang. Ia berupaya membantu mengelakkan masalah jantung melalui penghindaran penyempitan arteri koronari yang membawa darah ke organ tersebut.

Menurut Marialaura Bonaccio, penulis utama bagi kajian tersebut, apa yang menarik berkenaan dengan dapatan kajian mereka adalah, jenis diet yang diikuti oleh subjek tidak mempengaruhi kebarangkalian untuk mendapat masalah jantung.

Ini bermakna, mereka yang mengamalkan diet mediterranean mempunyai dapatan yang hampir sama dengan mereka yang tidak mengamalkan pemakanan seimbang sekiranya makanan pedas diambil secara kerap. Pelik kan?

Peranan cili dalam penurunan berat badan

Obesiti merupakan ancaman kesihatan yang boleh menyebabkan seseorang individu itu untuk mendapat penyakit jantung.

Oleh sebab itu, penurunan berat badan merupakan langkah pencegahan yang penting buat mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2012 oleh Universiti Purdue telah menunjukkan bahawa capsaicin yang terkandung di dalam cili boleh membantu menurunkan berat badan.

Cili mengandungi pelbagai jenis kompaun seperti capsanthin, violaxanthin, lutein dan sebagainya. Walau bagaimanapun, capsaicin merupakan kompaun yang paling banyak dikaji oleh para saintis.

Dapatan kajian yang dijalankan oleh Universiti Hokkaido pada tahun 2012 telah menunjukkan bahawa pengambilan 10 gram serbuk cili boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak badan bagi kedua-dua jantina.

Walau bagaimanapun, pengambilan cili untuk turunkan berat badan perlu disertakan dengan pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal yang kerap.

Ini berikutan kerana bahan kimia dan kompaun yang lain, sebagai contoh, boleh menyebabkan individu mengalami kerintangan terhadap capsaicin, sekali gus menjadikan keberkesanannya terhad.

Capsaicin bukanlah satu alternatif shortcut yang boleh anda ambil untuk menguruskan badan. Ia boleh membantu mempercepatkan proses tersebut namun bergantung kepada aspek yang lain seperti pemakanan, tidur, stres dan aktiviti fizikal.

Selain daripada memberi tumpuan terhadap kompaun capsaicin, hubungan di antara berat badan dan pemalar yang lain juga perlu diambil kira.

Melegakan kesakitan

Percaya atau tidak, bahan bioaktif capsaicin yang terkandung di dalam cili boleh melegakan kesakitan. Ia merupakan salah satu daripada fungsi unik cili yang seringkali tidak diketahui oleh masyarakat umum.

Ini berikutan ramai yang tidak suka makan pedas disebabkan oleh kesakitan yang terasa pada lidah. Jangan risau, lama-kelamaan lidah anda akan rintang terhadap kesakitan tersebut.

Oleh sebab itulah ramai orang mempunyai tahap ketahanan yang berbeza apabila mengambil makanan pedas.

Capsaicin berupaya untuk berinteraksi dengan reseptor kesakitan. Ini akan menyebabkan timbulnya rasa sakit seakan-akan terbakar walaupun tiada luka kebakaran secara nyata.

Jika anda merupakan seorang yang kerap mengambil makanan pedas, lama-kelamaan reseptor tersebut akan menjadi nyahpeka (desensitize). Ini akan mengakibatkan penurunan pada kebarangkalian untuk mendapat rasa terbakar selepas mengambil makanan pedas.

Menurut kajian yang diterbitkan di New England Journal of Medicine pada tahun 2002, pengambilan 2.5 gram cili oleh 30 individu yang mengalami masalah pedih ulu hati menyebabkan kesakitan dalam tempoh 5 minggu.

Namun, selepas tempoh masa tersebut, kesakitan itu berkurangan dan hilang. Kajian ini menunjukkan kebolehan reseptor sakit untuk menjadi nyahpeka apabila diberikan stimulasi yang sama secara kerap.

Kajian tersebut telah disokong oleh satu kajian lain yang dijalankan pada tahun 2009. Dalam kajian itu, 3 gram cili telah diberikan kepada penderita sakit ulu hati. Kesakitan tersebut berkurangan dalam 6 minggu.

Namun, fenomena nyahpeka tersebut tidak kekal. Ia kebiasaannya akan berbalik kepada keadaan asal jika makanan pedas tidak diambil dalam tempoh masa 3 hari.

Kesimpulan

Berkenaan dengan sama ada makanan pedas boleh melindungi seseorang individu itu daripada penyakit jantung, ia perlu diselidiki dengan lebih teliti. Walaupun manfaat makanan pedas telah dibuktikan dalam pelbagai jenis kajian, namun terdapat beberapa kajian lain yang tidak mempunyai dapatan yang sama, bahkan bertentangan.

Lihat sahaja pada kajian yang membuktikan bahawa makanan pedas boleh menyebabkan penurunan berat badan. Dalam kajian yang dijalankan di Institut Neurologikal Mediterranean, mereka yang sering mengambil makanan pedas, kebanyakkannya mempunyai masalah obesiti, kencing manis dan kolesterol yang tinggi.

Jika pemakanan pedas bukanlah faktor yang utama dalam mengawal berat badan, maka faktor makanan secara amnya perlu dijaga dan dititikberatkan. Mungkin makanan pedas boleh mencegah penyakit jantung, namun tanpa kawalan pengambilan kalori yang baik, risiko untuk seseorang itu mendapat penyakit jantung tetap tinggi.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Wed, 1 May 2019

McDonald’s Ramps Up Drive-Thru Business to Suit Consumers’ On-the-Go Lifestyles

It’s easier to buy food now without getting out of our cars.

LIFESTYLE Mon, 20 Aug 2018
LIFESTYLE Wed, 24 Jan 2018

HERE’S THE PERFECT USA ROAD TRIP ROUTE ALL PLANNED OUT FOR YOU

Planning a travel route isn’t easy – especially especially road trips. Well, you don’t need to crack your head so much because this guide is all you need.

LIFESTYLE Mon, 30 Apr 2018

Planning a Holiday Soon? Here’s 16 Hot Destinations to Check Out

You can check out these places as inspirations for your next travel plans.

LIFESTYLE Wed, 17 Oct 2018
LIFESTYLE Sun, 16 Sep 2018

超完美的渡假!租下整座海岛开趴「360度全是蓝色珊瑚礁」

若想要出国玩,许多人习惯上Airbnb上找民宿、旅馆,那若是想要来个完美的假期,肯定会想带着另一半、好朋友们一起度过,现在推荐你:把整座海岛租下来开趴吧!

LIFESTYLE Thu, 19 Sep 2019
LIFESTYLE Wed, 3 Jul 2019

Tekan ‘Snooze’ Setiap Kali ‘Alarm’ Bunyi Bahayakan Diri!

Katanya Snooze nie membuat kite menipu badan sendiri hingga membahayakan diri ?

LIFESTYLE Wed, 3 Oct 2018

No More White Card Going into Singapore

No need to fill up the card anymore, it seems.

LIFESTYLE Fri, 13 Dec 2019

Cara Elak & Bantu Mangsa Disambar Petir

Dikongsikan cara-cara elak dan bantu mereka yang disambar petir

error: Content is protected !!